PEMBANDARAN DAN PERKEMBANGAN WILAYAH METROPOLITAN LANJUTAN LEMBAH KLANG-LANGAT, MALAYSIA
Authors
Katiman Rostam
Abstract
Proses globalisasi ekonomi dan pembandaran yang pesat sedang berlaku di sekitarwilayah metropolitan di Asia Tenggara. Di Malaysia, Lembah Klang-Langat ialahsebuah wilayah metropolitan lanjutan (WML) yang pesat berkembang. Proses rebakanbandar ke pinggiran kini cenderung untuk menuju ke arah koridor selatan. Makalah inibertujuan untuk membincang perkembangan ekonomi pembuatan dan perkhidmatanserta impaknya terhadap pembandaran petempatan di pinggiran WML Lembah Klang-Langat. Analisis data Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia serta laporan ekonomiyang berkaitan daripada pelbagai sumber menunjukkan bahawa walaupun prosespembangunan ekonomi bandar dan pembandaran masih berlaku di pusat, tetapi wujudkecenderungan untuk menyebar ke kawasan pinggir Lembah Klang-Langat.Pengukuhan fungsi bandar raya metropolitan Kuala Lumpur dengan menawarkanpelbagai perkhidmatan pengeluar moden seperti pusat penyelidikan, pengkomputeran,perbankan, penghantaran pantas, insurans yang dipermudahkan dengan teknologiterkini telah mewujudkan kesan ekonomi pembandaran yang penting kepada prosespengeluaran di wilayah tersebut. Kini semakin banyak ibu pejabat pengurusankorporat ditubuhkan di zon teras dan dalaman WML Lembah Klang-Langat. Manakalaaktiviti pembuatan dan perkhidmatan awam cenderung untuk berpindah ke pinggiran.Perkembangan ini telah dikuti oleh pertumbuhan penduduk dan pembandaran yangpesat di zon luaran wilayah tersebut. Perpindahan ini mencetuskan pertumbuhankawasan perumahan dan perkembangan bandar kecil yang terancang di pinggiran.Bagaimanapun ciri petempatan ini amat berbeza dengan fenomena yang dikenali ramaipenulis sebagai desakota yang pernah wujud di beberapa bandar lain di Asia Tenggara.Walaupun belum mencapai status bandar raya mega, namun peluasan sempadan tepubina WML ini telah membentuk sebuah konurbasi yang unggul di rantau ini.