Makalah ini menumpukan pemerhatian terhadap wujudnya ‘hubungan dan proses antarateks’ dalam penghasilan novel Harun Aminurrashid. Dasar hubungan ini dikesani dalamtradisi kesusasteraan Melayu seperti lipurlara, penulisan manuskrip dan seterusnya dalampenulisan prosa moden seperti novel. Kecenderungan hubungan ini dikaitkan dengan‘intertekstualiti’ iaitu fenomena kewujudan ‘teks dalam sesebuah teks’ atau ‘dialog antarateks’. Intertekstualiti pertama kali diajukan Julia Kristeva bertolak daripada dialogikMikhail Mikhailovich Bakhtin dan sistem tanda Ferdinand de Saussure yang kemudiandiperhalusi beberapa sarjana seperti Roland Barthes, Gerard Genette, Michael Riffaterredan Harold Bloom. Penelitian terhadap novel Harun Aminurrashid memperlihatkankecenderungannya mengenai tema dan latar sejarah seperti Darah Kedayan, Jong Batu,Siapakah Bersalah?, Sebelum Ajal, Merebut Gadis Jelita, Wak Cantuk, Panglima Awangdan Anak Panglima Awang. Mengambil contoh novel Panglima Awang, makalah inimelihat hubungannya dengan sejarah sebagai hipoteks secara intertekstual. Beberapacatatan yang berkaitan dengan sejarah Portugis di Melaka dan pengembaraan Ferdinandde Magalhaes @ Magellan mengelilingi dunia dijadikan hipoteks kajian. Beberapa prosestransformasi, pembaikan dan penentangan teks asal diajukan pengarang daripada bahanbahansejarah tersebut. Jelasnya intertekstual berperanan sebagai strategi kepengarangandan kerja ‘memperbaiki’ sejarah bagi menyalurkan aspirasi dan semangatmempertahankan harga diri bangsa Melayu.