NATIONAL IDEOLOGY IN MALAYSIAN CHILDREN’S NOVELS: AN ANALYSIS OF THE NOVEL ANAK DIN BIOLA

Authors

  • Misran Rokimin

Abstract

Artikel ini bertujuan untuk membincangkan penerapan prinsip Rukunegara yangmerupakan ideologi negara dalam novel remaja Anak Din Biola. Novel ini dipilih keranaia telah dijadikan teks KOMSAS (Komponen Sastera dalam Bahasa Melayu) untukTingkatan Satu. Penulis menganalisis kandungan novel ini menerusi watak-watak danplot yang terdapat di dalamnya. Bagi analisis watak, tumpuan diberikan kepada watakutama novel ini iaitu Budiman dan watak antagonis. Melalui watak-watak tersebut,penulis hanya mengambil dua prinsip Rukunegara iaitu ’kedaulatan undang-undang’ dan’kesopanan dan kesusilaan’ sebagai landasan bagi menganalisis novel ini. Analisis yangdilakukan menunjukkan kedua-dua prinsip Rukunegara tersebut telah diangkat olehpengarangnya menerusi watak dan plot cerita.

Downloads

Published

2017-11-27

Issue

Section

Article