TRANSISI DEMOGRAFI DAN CABARAN PEMBANGUNAN LESTARI DI PULAU TUBA, LANGKAWI (Demographic Transition and Challenges for Sustainable Development in Pulau Tuba, Langkawi, Malaysia)

Authors

  • Mustaffa Omar
  • Ishak Yussof

Abstract

Artikel ini membicarakan tiga perkara berikut: (i) mengenalpasti proses transisi demografi yangsedang berlangsung di Pulau Tuba, Langkawi; (ii) mengesan cabaran-cabaran pembangunan akibattransisi demografi yang berlaku; dan (iii) mengesyorkan langkah-langkah dan strategi pembangunanyang bersesuaian dengan tren perubahan demografi di kawasan kajian. Artikel ini bertujuan menilaiimpak proses pembangunan Langkawi ke atas perubahan pola kependudukan di Pulau Tuba.Kerangka konseptual ekosistem pulau kecil telah dipilih bagi memandu perbincangan dalam artikelini. Data yang digunakan dalam penulisan ini diperolehi daripada soalselidik yang dibuat secara bancipada bulan Mei-Jun 2005. Hasil kajian menunjukkan bahawa arus pembangunan ekonomi daninfrastruktur yang berlangsung di pulau besar Langkawi hampir dua dekad lalu telah berjayamengubah ekosistem pulau tersebut mirip kepada ciri-ciri ekosistem tanah besar atau negeri lain diMalaysia. Namun, hasil analisis menunjukkan bahawa pembangunan ekonomi dan infrastruktur dipulau besar Langkawi ini tidak banyak membawa kesan titisan ke bawah yang mampu dimanafaatkanoleh penduduk di pulau-pulau kecil lain sekelilingnya seperti Pulau Tuba. Kajian ini juga mendapatikeadaan ekosistem Pulau Tuba yang mempunyai ciri-ciri jumlah penduduk yang kecil dan kurangpadat; modal fizikal, kewangan dan modal manusia yang rendah, dan memiliki jaringan sosial sertaekonomi yang terbatas telah menyebabkan ramai gagal merebut peluang-peluang sedia adaberbanding penduduk di pulau besar Langkawi. Keadaan ini menjadi lebih sukar apabila pendudukdan kepimpinan setempat kekurangan otonomi untuk bebas bertindak membawa pembangunanekonomi dan sosial di Pulau Tuba tanpa perakuan pihak pentadbiran pusat. Ini menyebabkanpenghuni di pulau kecil ini terus menerus terpinggir daripada arus perdana pembangunan.

Downloads

Published

2017-11-27

Issue

Section

Article