PENDIDIKAN DAN PEKERJAAN DI KALANGAN WANITA DI MALAYSIA SERTA KEPERLUAN BIMBINGAN VOKASIONAL DALAM PEMILIHAN PEKERJAAN (Educational and employment trend among females in Malaysia and the need for vocational guidance in job selection)

Authors

  • Noor Rahamah Hj. Abu Bakar

Abstract

Pendidikan formal telah menjadi salah satu daripada kriteria dalam pengambilan pekerja disektor moden. Proses pendidikan menjadi faktor utama dalam mencorak dan menggerakkanmanusia. Pendidikan dilihat sebagai satu pelaburan jangka panjang dalam menyediakantenaga mahir. Pada hakikatnya, pendidikan merupakan satu usaha memperkasakan wanitadalam bidang pekerjaan dan memperlengkapkan diri untuk menjadi manusia yangberketrampilan. Kaum wanita dan lelaki diberikan peluang pendidikan formal yang samatetapi adalah didapati bahawa berlaku ketidakseimbangan dalam taburan pekerjaan mengikutgender. Adakah tumpuan pekerja wanita dalam kategori pekerjaan tertentu akibat daripadakekurangan dalam pendidikan formal, latihan dan bimbingan vokasional yang diberikan?Atau adakah pendidikan, latihan dan bimbingan yang diberikan ditentukan oleh prospekpekerjaan yang ada untuk mereka. Apakah wanita perlu membuat perubahan sikap berhubungdengan kecenderungan memilih kerja yang ada sekarang? Bagi mengupas persoalan ini makatujuan artikel ini akan membincangkan tentang pemilihan pekerjaan yang bersesuaian dankeperluan bimbingan vokasional di kalangan wanita di Malaysia.

Downloads

Published

2017-11-27

Issue

Section

Article