KEBAKARAN HUTAN DAN ISU PENCEMARAN UDARA DI MALAYSIA: KES JEREBU PADA OGOS 2005
Authors
Shaharuddin Ahmad
Noorazuan Md Hashim
Abstract
Pencemaran udara di Malaysia khususnya episod jerebu mempunyai pertalian kuat dengankehadiran titik panas yang dicerap daripada imej satelit Pulau Sumatra, Indonesia. Kajian lepastelah menunjukkan kehadiran musim kering yang berpanjangan kesan daripada fenomena El-Niñodan amalan pembakaran terbuka di kawasan pertanian yang luas di Sumatra menjadi faktorpenyebab dan penggalak episod jerebu di Malaysia. Makalah ini cuba menganalisis bencanajerebu terhadap manusia dan alam sekitar di Malaysia dengan memberi tumpuan kepada episodjerebu bulan Ogos 2005. Dengan menggunakan kaedah pemetaan kontur GIS, taburan kepekatanjerebu atau pmakalah ampaian yang bersaiz kurang daripada 10 mikron ( PM10) diplotkan bagikawasan Semenanjung Malaysia. Analisis data satelit NOAA-14 dari bulan Jun hingga Ogos2005 menunjukkan bilangan titik panas yang mewakili kawasan litupan hijau yang terbakar diSumatra Timur berjumlah lebih daripada 250 lokasi. Pergerakan angin barat daya yang lemahtelah memburukkan keadaan jerebu di Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Dapatan awal inimenunjukkan terdapat tren perubahan kepekatan pencemar akibat daripada perubahan arah dankelajuan angin lazim barat daya semasa episod berkenaan. Diharapkan kajian ini dapatmenyediakan asas maklumat pemodelan episod jerebu pada masa akan datang terutamanya kesanjerebu terhadap sektor ekonomi utama Malaysia.