CITRA LELAKI DULU DAN KINI DALAM PROSA MELAYU: ANALISIS TEORI RELEVANS

Authors

  • Nor Hashimah Jalaluddin
  • Norsimah Mat Awal

Abstract

Banyak kajian telah ditulis mengenai wanita tetapi tidak banyak yang dikaji mengenailelaki. Novel sebagai salah satu bahan korpus mampu menggambarkan lelaki Melayuyang boleh dijadikan rujukan yang menyamai dunia realiti. Budaya Melayu selalumenyanjung lelaki sebagai mereka yang berkuasa, tempat berpaut bagi wanita, kuat,sentiasa ‘tidak bersalah’ dalam tindak tanduk, telah memberikan persepsi seolah-olahdunia ini milik lelaki. Ciri-ciri ini terjelma dalam filem-filem P. Ramlee, drama-drama,novel-novel klasik malah novel-novel popular hari ini. Jelasnya tidak wujud anjakanparadigma pada penilaian terhadap citra lelaki ini. Teori Relevans, teori yangmementingkan pemprosesan maklumat mampu membantu pembaca memahami watakwataklelaki yang dilakarkan dengan saintifik. Makalah ini melihat citra lelaki Melayumelalui analisis Teori Relevans dengan menggunakan korpus filem dan novel bagimensahihkan persepsi di atas. Eksplikatur dan implikatur pada mesej yang hendakdisampaikan akan dicungkil bagi memudahkan pemahaman pembaca mengenali peribadilelaki Melayu ini.

Downloads

Published

2017-11-27

Issue

Section

Article