KEPELBAGAIAN DIALEK DALAM BAHASA MELAYU: ANALISIS TATATINGKAT KEKANGAN
Authors
Zaharani Ahmad
Abstract
Makalah ini bertujuan untuk meneliti alternasi fonologi yang didorong oleh kekangansyarat koda dalam enam dialek daerah bahasa Melayu, iaitu dialek Johor, dialekKedah, dialek Perak, dialek Melaka, dialek Kelantan dan dialek Sarawak. Data kajiandianalisis dengan menggunakan pendekatan berdasarkan kekangan daripada teorioptimaliti (seterusnya TO). Kebanyakan dialek Melayu didapati tidak membenarkansegmen likuida menduduki posisi koda suku kata. Kehadiran koda segmen yang tidakdigemari ini biasanya ditangani dengan tiga strategi utama, iaitu pengguguran-K,rumus perubahan fitur, dan peleburan segmen. Setiap dialek Melayu menggunakanstrategi yang berbeza untuk menangani masalah segmen di koda ini yang akhirnyamenghasilkan variasi fonologi dalam dialek-dialek tersebut. Dalam TO pengekangansesetengah segmen daripada menduduki posisi koda dikawal oleh kekangan yangdikenali sebagai SYARAT KODA. Pematuhan SYARAT KODA melalui tiga strategiyang disebut di atas melibatkan pengengkaran kekangan MAKS-IO, IDENT-IO,dan UNIFORMITI. Kemunculan pelbagai dialek dalam bahasa Melayu dianalisisdalam kajian ini sebagai hasil daripada perbezaan tatatingkat kekangan kepurnaanbentuk yang terdapat dalam nahu sesuatu dialek itu.