Salah Papar Amalan Perubatan Dalam Drama Melayu Tempatan (Misportrayal of Medical Practice in Local Malay Drama)

Authors

  • Siti Aishah Hj Mohammad Razi
  • Fauziah Ahmad
  • Adli Azam Hj Mohammad Razi
  • Emma Mohammad

Abstract

Menonton drama televisyen sebagai bahan hiburan, dan sumber pengetahuan tidak dapat disangkal lagi sejak sekian lama. Mudah untuk diakses samada melalui televisyen itu sendiri, atau secara atas talian, setiap drama Melayu tempatan mempunyai para pengikut dan peminatnya tersendiri yang terdiri daripada pelbagai latar belakang yang sama atau berbeza. Walaubagaimanapun, kewujudan elemen dan babak perubatan di dalam drama Melayu sedikit terganggu apabila terdapat kesilapan – kesilapan di dalam pemaparannya di televisyen yang nyata boleh mengelirukan para penonton, serta mampu mencemarkan imej industri drama tempatan, juga imej institusi perubatan negara kita. Oleh itu, bagi mengelakkan kesilapan ini daripada terus berulang, beberapa saranan yang diperoleh melalui metode temu bual secara mendalam bersama enam orang penerbit drama tempatan telah dikenal pasti. Dipandu oleh penggunaan faktor struktur pengetahuan daripada model Teori Literasi Media yang dibangunkan oleh Potter (2004), terdapat lima elemen saranan yang telah dikenal pasti  iaitu kesan media, kandungan media, industri media, dunia sebenar, dan yang terakhir diri sendiri. Justeru, hasil kajian ini harap dapat digunakan oleh semua pihak yang terlibat dengan industri drama tempatan dalam mengatasi kesilapan salah papar elemen perubatan di dalam drama Melayu tempatan.Kata Kunci: elemen perubatan, drama, televisyen,  industri drama tempatan, saranan

Author Biographies

Siti Aishah Hj Mohammad Razi

Siti Aishah Mohammad Razi  merupakan calon  Phd di Pusat Penyelidikan Industri Kreatif dan Impak Media di Universiti Kebangsaan Malaysia. Pengkhususan kajian beliau adalah dalam bidang penyiaran.

Fauziah Ahmad

Fauziah Ahmad merupakan Professor Madya di Pusat Penyelidikan Industri Kreatif dan Impak Media, Universiti Kebangsaan Malaysia. 

Adli Azam Hj Mohammad Razi

Adli Azam Mohammad Razi merupakan Pensyarah Kanan di Unit Pembedahan Kardiovaskular dan Torasik di Rumpun Sains Pembedahan Fakulti Perubatan UiTM, Kampus Sungai Buloh. 

Emma Mohammad

Emma  Mirza Wati Mohamad merupakan Pensyarah Kanan di Pusat Penyelidikan Industri Kreatif dan Impak Media, Universiti Kebangsaan Malaysia. 

Downloads

Published

2018-01-12

Issue

Section

Article