Psikoterapi Islam Menurut Al-Qur’an Dan Al-Sunnah Dalam Mengurus Tekanan Pesakit Kanser Payudara (Islamic psychotherapy according to Qur’an & Sunnah in managing stress among breast cancer patients)

Authors

  • Norhafizah Musa Fakulti Tamadun Islam (FTI), Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur
  • Azahar Yaakub @ Ariffin Fakulti Tamadun Islam (FTI), Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur
  • Siti Suhaila Ihwani Fakulti Tamadun Islam (FTI), Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur
  • Adibah Muhtar Fakulti Tamadun Islam (FTI), Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur
  • Zaharah Mustafa Fakulti Tamadun Islam (FTI), Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur
  • Mohd Hambali Rashid Fakulti Tamadun Islam (FTI), Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur

Abstract

Kanser payudara merupakan salah satu penyakit yang sangat digeruni dalam kalangan wanita seluruh dunia. Ianya merupakan penyakit yang bukan sahaja memberi kesan kepada fizikal malah ianya mampu mempengaruhi keadaan jiwa dan emosi penghidap kanser payudara ke tahap yang sangat kritikal. Kebanyakan daripada mereka tidak dinafikan akan mengalami stres yang berpanjangan sepanjang menjalani rawatan mahupun melewati kehidupan seharian. Justeru itu, psikoterapi Islam bersumberkan al-Qur’an dan al-Sunah  adalah upaya penyembuhan jiwa (nafs) manusia secara rohaniyah. Hasil kajian ini dapat merumuskan bahawa konsep psikoterapi Islam menurut al-Qur’an dan al-sunnah mampu membantu  pesakit untuk penyembuhan emosi, perilaku dan fikiran serta menguatkan kerohanian. Kajian ini diharapkan dapat menjadi satu panduan yang berguna kepada pesakit-pesakit yang mengalami masalah gangguan jiwa terutama kepada mereka yang menghidapi penyakit yang digeruni seperti pesakit kanser payudara.Kata Kunci : Psikoterapi Islam, al-Qur’an as-Sunnah, mengurus tekanan, kanser payudaraIslamic psychotherapy according to Qur’an & Sunnah in managing stress among breast cancer patientsABSTRACTBreast cancer is one of the most feared diseases among women all around the world. It is a disease that does not only affects the physical, but also the state of soul and emotions of breast cancer patients to a very critical level. It is undeniably that most of them will experience a long-term stress while undergoing treatment or through their daily life. Hence, Islamic psychotherapy based on the Qur'an and Sunnah is a spiritual healing effort (nafs) of humanity. The results of this study conclude that the concept of Islamic psychotherapy according to the Qur'an and Sunnah has the ability to help patients in healing their emotions, behaviours and mind as well as strengthening their spirituality. This study is expected to be a useful guide for patients suffering from mental disorders especially to those with a serious illness such as breast cancer patients.Keywords: Islamic psychotherapy, Qur'an and Sunnah, stress management, breast cancer 

Downloads

Published

2018-08-03

Issue

Section

Article