PEMIKIRAN HASSAN AL-BANNA DAN ORIENTASI POLITIK IKHWAN MUSLIMIN TERHADAP ISU PERMASALAHAN PALESTIN, 1931-1949 (The Al-Banna Hassan Ideology and The Political Orientation Of Muslimins to The Palestinian Issue,1931-1949)
Authors
Ahmad Dzulfahmi Muhamad
Bahagian Sejarah
Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh,
Universiti Sains Malaysia,
11800 USM
Pulau Pinang
Kamaruzaman Yusoff
Abstract
ABSTRAKIsu permasalahan Palestin bermula dengan Perjanjian Sykes-Picot yang ditandatangani pada Mei 1916 yang telah meletakkan Palestin dibawah penguasaan British. Kesan daripada perjanjian ini telah membuka pintu penghijrahan bangsa Yahudi besar-besaran dari seluruh dunia ke Palestin. Kemelut yang berlaku ini telah menyebabkan gerakan politik yang berteraskan Islam iaitu Ikhwan Muslimin (IM) Mesir telah melibatkan diri dalam permasalahan ini. Sehubungan itu, makalah ini akan membincangkan mengenai pengaruh pemikiran Hassan al-Banna dalam pembentukan orientasi politik IM mengenai isu ini dari tahun 1931 sehingga tahun 1949. Dengan menggunakan pendekatan sejarah, analisis perbincangan adalah berdasarkan kepada penggunaan sumber primer terutama dokumen British dan di samping itu juga menggunakan sumber sekunder yang lain untuk menyokong perbincangan makalah ini. Hasil kajian mendapati bahawa pengaruh pemikiran al-Banna merupakan faktor utama yang mendorong kepada orientasi politik IM dalam isu permasalahan Palestin. Penyertaan IM dalam isu Palestin ini bermula dengan menghantar surat bantahan, menganjurkan kutipan dana, mengadakan persidangan mengenai Palestin, demonstrasi dan menyertai Perang Palestin pada 1948 dalam usaha untuk membantu membebaskan Palestin dari pendudukan Israel.Katakunci: permasalahan palestin, pemikiran hassan al-banna, ikhwan muslimin, politikABSTRACTThe issue of Palestinian problems began with the Sykes-Picot Agreement signed in May 1916 which has placed Palestinians under British control. The impact of this agreement has opened the door of mass immigration from all over the world to Palestine. This crisis has led to a Muslim-based political movement, the Ikhwan Muslimin (IM), has been involved in this problem. In this regard, this paper will discuss the influence of Hassan al-Banna's thinking on the formation of IM's political orientation on this issue from 1931 to 1949. Using historical approaches, analysis of the discussion is based on the use of primarily primary sources of British documents and, in addition, using other secondary sources to support the discussion of this paper. The findings show that the influence of al-Banna's thinking is a major factor that has led to IM's political orientation in the issue of Palestinian problems. IM's participation in the issue of Palestine began by sending protests, organizing fundraising, holding a conference on Palestine, demonstrating and joining the Palestinian War in 1948 in an effort to help liberate Palestine from Israel's occupation.Keywords: palestinian problems, hassan al-banna thought, muslim brotherhood, politic
Author Biography
Kamaruzaman Yusoff
Profesor Dr. Kamaruzaman YusoffAkademi Tamadun IslamFakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,Universiti Teknologi Malaysia,81310 Johor Bharu,Johor Darul Takzim