HUBUNGAN AMERIKA SYARIKAT DAN CHINA DENGAN MYANMAR: SATU ANALISIS HUBUNGAN KUASA BESAR DENGAN NEGARA KECIL

Authors

  • Aini Fatihah Roslam
  • Nor Azizan Idris
  • Zarina Othman

Abstract

Kelangsungan hidup sesebuah negara adalah penting bagi menjamin kedaulatannya dalam era globalisasi, era kebergantungan antara satu sama lain.  Kedaulatan serta keselamatan adalah keutamaan negara agar terus merdeka dan aman makmur.  Bagi negara Myanmar, kelangsungan hidupnya bukan sahaja ditentukan oleh faktor domestik, tetapi juga sistem antarabangsa.  Myanmar adalah sebuah negara yang kaya dengan sumber asli, pernah dijajah oleh British dan mengamalkan sistem demokrasi (di awal kemerdekaan), serta bermasyarakat majmuk.  Walau bagaimanapun, Myanmar tetap menjadi sebahagian daripada tumpuan dua kuasa besar dunia, iaitu Amerika Syarikat dan China walaupun sehingga kini masih berstatus negara miskin dan mempunyai pelbagai masalah dalaman terutamanya isu demokrasi dan konflik etnik.  Hasil kajian menunjukkan Amerika Syarikat dan China mempunyai kepentingan tertentu yang menyebabkan kedua-duanya tetap tetap terus menjalinkan hubungan dengan negara Myanmar sebuah negara kecil dan lemah.

Author Biographies

Aini Fatihah Roslam

Pusat Dasar dan Governans GlobalFakulti Sains Sosial dan KemanusiaanUniversiti Kebangsaan Malaysia

Nor Azizan Idris

Pusat Dasar dan Governans GlobalFakulti Sains Sosial dan KemanusiaanUniversiti Kebangsaan Malaysia

Zarina Othman

Pusat Dasar dan Governans GlobalFakulti Sains Sosial dan KemanusiaanUniversiti Kebangsaan Malaysia

Downloads

Published

2019-09-10

Issue

Section

Article