PENGGUNAAN ANALISIS FAKTOR BAGI MENENTUKAN FAKTOR PENDORONG KEMISKINAN ISI RUMAH DI WILAYAH UTARA SEMENANJUNG MALAYSIA

Authors

  • Mohd Sahrul Shukri Yahya
  • Nurul Farahein Masdar
  • Narimah Samat

Abstract

Isu kemiskinan telah menjadi satu topik permasalahan utama dalam sesbuah negara kerana ianya bergantung kepada sumber pendapatan. Unit Perancang Ekonomi menilai kemiskinan isi rumah berdasarkan kepada pendapatan garis kemiskinan (PGK) dan perbelanjaan. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor pendorong yang mempengaruhi kecenderungan tahap kemiskinan isi rumah di kawasan wilayah utara Semenanjung Malaysia. Metodologi kajian  ini diperolehi daripada borang soal selidik diedarkan secara rawak kepada 302 responden isi rumah di wilayah utara Semenanjung Malaysia iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak Utara. Penggunaan analisis faktor menerbitkan 15 sub-faktor pendorong yang mempengaruhi kecenderungan tahap kemiskinan isi rumah. Keputusan analisis faktor berjaya membangkitkan satu faktor pendorong baru hasil gabungan item daripada pembolehubah asal. Faktor pendorong baru ini dinamakan halangan. Meskipun analisis faktor dapat membentuk pembolehubah baru, namun wujud satu pembolehubah asal iaitu kebebasan digugurkan dari kajian ini. Item asal dalam pembolehubah ini berkorelasi dengan baik dalam konstruk lain. Kesemua 15 sub-faktor pendorong diklasifikasikan semula berdasarkan senarai pendek yang diperolehi. 15 sub-faktor pendorong ini disusun mengikut nilai eigenvalue tertinggi sebagai pembolehubah tidak bersandar bagi menerangkan pembolehubah lain. Secara keseluruhannya, hasil kajian ini mendapati model pemilikan rumah, persepsi akses pendidikan, kesihatan, pengurusan kewangan dan kemudahan lain yang disediakan merupakan faktor pendorong yang dominan mempengaruhi tahap dorongan kelompok kemiskinan isi rumah.

Author Biographies

Mohd Sahrul Shukri Yahya

Pengurusan Harta Tanah dan FasilitiFakulti Pengurusan Teknologi dan PerniagaanUniversiti Tun Hussein Onn Malaysia

Nurul Farahein Masdar

Pendidikan Bahasa MelayuFakulti PendidikanUniversiti Kebangsaan Malaysia

Narimah Samat

Bahagian GeografiPusat Pengajian Ilmu KemanusiaanUniversiti Sains Malaysia

Downloads

Published

2019-07-30