BUDAYA DAN KESANNYA KE ATAS PERBELANJAAN BELIA MELAYU KUALA LUMPUR

Authors

  • Nur Jannah Bukhari
  • Kim Keum Hyun
  • Aida Idris
  • Marzudi Md Yunus

Abstract

Perbelanjaan merupakan hasil daripada aktiviti berbelanja yang dilakukan untuk memenuhi keperluan seharian. Namun demikian, ketika berbelanja terdapat beberapa faktor yang menyebabkan perbelanjaan bagi satu-satu keperluan berbeza mengikut individu. Kajian ini dijalankan pertamanya adalah untuk mengenalpasti adakah nilai-nilai budaya yang dikaji mewakili unsur budaya, apakah jenis keperluan yang diutamakan ketika berbelanja dan sejauhmanakah budaya mempengaruhi perbelanjaan keperluan tersebut. Untuk melaksanakan kajian ini, kaedah persampelan bertujuan (purposive sampling) dan bola salji (snowball sampling) telah dijalankan ke atas 522 orang belia di Kuala Lumpur. Sampel yang terpilih melibatkan beberapa kriteria iaitu bekerjaya, kaum Melayu, berumur antara 20-39 tahun, serta tinggal dan bekerja di Kuala Lumpur. Bagi mencapai objektif kajian ini, satu set borang soal selidik telah diedarkan ke atas 522 orang responden dan data yang diperoleh kemudiannya dianalisis dengan menggunakan Structural Equation Modelling (SEM) dengan program Analysis of Momentum Structure (AMOS) versi 24. Hasil kajian yang diperolehi menunjukkan bahawa faktor nilai budaya yang diuji sememangnya mempengaruhi perbelanjaan golongan belia Melayu bandar secara signifikan. Belia Melayu bandar didapati menghayati nilai berjimat dan masih mengutamakan keperluan keluarga dengan baik, di samping masih mengamalkan nilai-nilai tradisional masyarakat Melayu walaupun berdepan dengan budaya bandaran. Dapatan kajian yang ditonjolkan secara keseluruhannya memperlihatkan, latar belakang budaya yang dihayati akan membentuk pola perbelanjaan seseorang individu itu sendiri.  Maka, dapat dibuktikan bahawa dengan perbelanjaan yang pelbagai meliputi diri sendiri serta masyarakat di sekeliling tidak diabaikan apabila menghayati nilai budaya yang menjadi pegangan hidup walaupun sedang menetap di kawasan bandar. Hasil kajian ini dapat membantu memahami gaya berbelanja yang diamalkan oleh golongan belia Melayu khususnya yang menetap di bandar yang seterusnya dapat dijadikan panduan oleh pihak yang berkaitan untuk memberi bantuan secara bersasar, sesuai dengan keperluan demi kelangsungan hidup mereka

Author Biographies

Nur Jannah Bukhari

Akademi Pengajian MelayuUniversiti Malaya50603 Kuala Lumpur

Kim Keum Hyun

Jabatan Bahasa Asia dan EropahFakulti Bahasa dan LinguistikUniversiti Malaya50603 Kuala Lumpur

Aida Idris

Jabatan Strategi Perniagaan dan PolisiFakulti Perniagaan dan PerakaunanUniversiti Malaya50603 Kuala Lumpur

Marzudi Md Yunus

Jabatan Sosio-Budaya Melayu/ Kesenian MelayuAkademi Pengajian MelayuUniversiti Malaya50603 Kuala Lumpur

Downloads

Published

2020-05-01