SUBBUDAYA KUMPULAN MAT REMPIT: INTERPRETASI PENGGUNAAN BAHASA DI KALANGAN AHLI KUMPULAN
Authors
Muhamad Fuad Abdul Karim
Mohamad Fauzi Sukimi
Abstract
Artikel ini membincangkan kajian aktiviti ahli kumpulan Mat Rempit dan sub-budaya bahasa yang digunakan dalam interaksi mereka di Negeri Melaka. Permasalahan kajian mengkhusus kepada aktiviti dan interpretasi amalan sub-budaya bahasa di kalangan mereka. Pengkaji telah memilih tujuh orang informan menggunakan kaedah persampelan bertujuan dan kaedah judgemental dalam satu kerja lapangan di Ayer Keroh, Melaka. Informan yang dipilih adalah Mat Rempit iaitu lelaki Melayu lingkungan umur 16 hingga 26 tahun. Kesemua informan ditemubual secara mendalam. Kajian bertujuan memperihal aktiviti ahli kumpulan Mat Rempit dan menginterpretasi elemen-elemen sub-budaya bahasa yang diamalkan oleh mereka. Kajian mendapati sub-budaya bahasa dibentuk dalam cara dan kaedah yang pelbagai. Bahasa tersebut mempunyai maksud tersurat dan tersirat dalam mewujudkan nilai keakraban dan rasa selamat semasa menjalankan aktiviti ahli kumpulan Mat Rempit.
Author Biographies
Muhamad Fuad Abdul Karim
Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian PolisiUniversiti Teknologi MARA Negeri Sembilan Kampus Seremban
Mohamad Fauzi Sukimi
Pusat Pengajian Sosial Pembangunan dan PersekitaranFakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia