HUBUNGAN KEKELUARGAAN DALAM MENENTUKAN KEJAYAAN ATAU KEGAGALAN BEKAS BANDUAN DALAM PROSES INTEGRASI SEMULA

Authors

  • Mohd Alif Jasni
  • Norruzeyati Che Mohd Nasir
  • Mohammad Nurhafiz Hassim

Abstract

Hubungan kekeluargaan merupakan salah satu faktor risiko dan protektif yang menentukan sama ada menggalakkan bekas banduan mengulanglaku jenayah (residivisme) atau menjauhkan diri daripada melakukan semula jenayah (desistance). Faktor hubungan keluarga ini berinteraksi dalam mempengaruhi tingkahlaku mengulangi perbuatan jenayah atau menjauhkan diri daripada melakukan semula jenayah di kalangan bekas penjenayah. Atas kepentingan ini, analisis yang  memberi tumpuan kepada interaksi antara penolakan keluarga sebagai faktor risiko dan penerimaan keluarga sebagai faktor pelindung yang wujud di dalam ekologi sosial bekas banduan. Satu kajian kualitatif telah dilakukan dalam kalangan  bekas banduan yang telah dibebaskan bagi  meneliti faktor anteseden hubungan kekeluargaan yang mempengaruhi keputusan mereka untuk sama ada mengulang-laku jenayah ataupun menjauhkan diri daripada mengulang-laku jenayah. Kajian memperlihatkan hubungan keluarga telah menjadi penyumbang penting kepada kecederungan bekas banduan untuk sama ada terlibat semula di dalam aktiviti-aktiviti jenayah atau tidak. Pemahaman yang kritikal terhadap faktor-faktor hubungan kekeluargaan berupaya membekalkan maklumat yang realistik dalam menjelaskan tentang pengulangan yang berlaku di kalangan bekas banduan.

Author Biographies

Mohd Alif Jasni

Universiti Utara Malaysia

Norruzeyati Che Mohd Nasir

Universiti Utara Malaysia

Mohammad Nurhafiz Hassim

Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Downloads

Published

2020-02-28