PROFIL DAN TAHAP HARGA DIRI PENAGIH BERULANG DALAM KALANGAN ORANG KENA PENGAWASAN (OKP) DI IPD TANGKAK, JOHOR, MALAYSIA
Authors
Zalmizy Hussin
Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial
Universiti Utara Malaysia
Vimalan A/l Kantasamy
Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial
Universiti Utara Malaysia
Siti Rohana Ahmad
Pusat Kesihatan Daerah Yan
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Abstract
Penyalahgunaan dan penagihan dadah telah menjadi salah satu masalah utama yang telah memberi impak maksima dalam kehidupan manusia di seluruh dunia. Di Malaysia juga tidak terlepas daripada berhadapan dengan masalah ini dan telah sebati dalam lanskap sosial negara. Dalam konteks penggunaan dadah, relaps atau pengembalian semula tingkah laku mencari dadah, adalah satu bentuk pemulihan spontan yang melibatkan tingkah laku berulang penggunaan dadah selepas tempoh pantang. Relaps ini sering kali diperhatikan dalam diri individu sama ada penagihan dadah atau sama ada bentuk pergantungan dadah. Secara realitinya, apabila lebih ramai penagih diberikan khidmat rawatan dan pemulihan maka semakin kuranglah bilangan yang kembali menagih, tetapi hakikat yang berlaku adalah sebaliknya. Kajian ini mengkaji profil dan tahap harga diri penagih berulang dalam kalangan orang kena pengawasan (OKP) di IPD Tangkak, Johor. Kajian ini berbentuk deskriptif dengan menggunakan kaedah kuantitatif melalui penggunaan set borang soal selidik telah digunakan untuk mengumpul maklumat. Sampel kajian adalah terdiri daripada 132 orang kena pengawasan yang dikendalikan oleh AADK. Hasil kajian mendapati profil penagihan OKP didominasi oleh kaum lelaki, berketurunan Melayu dalam lingkungan umur antara 26 hingga 30 tahun dan berstatus sudah berkahwin. Tempoh penagih berulang adalah selama 2 hingga 3 tahun. Manakala, tahap harga diri OKP pula menunjukkan penyataan responden sering berasa gelisah mencatat nilai min yang paling tinggi iaitu (min= 4.189, SP= 0.594). Justeru, kajian ini dapat menjelaskan keadaan semasa mengenai bagaimana profil penagihan dan tahap harga diri mempengaruhi OKP dalam menjalani proses rawatan menangani dadah. Dari sudut peningkatan profesionalisme, implikasi kajian ini boleh dimanfaatkan kepada pegawai AADK dan PUSPEN serta ahli NGO yang terlibat dalam bersama-sama untuk membanteras dadah sebagai musuh utama negara. Kata kunci