KELAZIMAN PUNCA TEKANAN PENSYARAH DI UNIVERSITI AWAM MALAYSIA

Authors

  • Khairunesa Isa Pusat Pengajian Umum dan Ko Kurikulum, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 86400 Parit Raja, Johor, Malaysia
  • Wan Hanim Nadrah Wan Muda Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 86400 Parit Raja, Johor, Malaysia
  • Laily Paim Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang Selangor Darul Ehsan
  • Khadijah Alavi Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan. Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi Selangor,
  • Jalihah Md. Shah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah, 88400 Kota Kinabalu, Sabah
  • Nor Aisah Jamil Jabatan Pendidikan Daerah Port Dickson, Taman Jaya Lukut, 71010 Lukut, Negeri Sembilan Darul Khusus

Abstract

Profesion sebagai seorang ahli akademik menyebabkan pensyarah terikat kepada skop tugas yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan, penerbitan, perundingan, dan memberi khidmat kepada masyarakat. Semua skop tugas ini mempunyai beban tertentu yang perlu dicapai. Namun, kadang kala skop tugas tersebut menyebabkan beban berlebihan yang boleh menyebabkan tekanan kepada pensyarah. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap stres pensyarah Malaysia dan penyebab utama stres di kalangan mereka. Di samping itu, hubungan antara faktor penyebab kepada tekanan pensyarah turut dikaji. Seramai 609 pensyarah dari empat universiti awam Malaysia telah dipilih secara rawak sebagai responden kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pensyarah di universiti awam Malaysia mengalami stres pada tahap rendah. Tiga faktor utama telah dikenalpasti menjadi kelaziman penyebab tekanan kepada pensyarah ialah faktor universiti, faktor sosial dan faktor individu. Selain itu, beban kerja, persekitaran kerja, jaringan kenalan, kesihatan dan faktor kewangan juga dilihat sebagai kelaziman utama yang menyumbang kepada isu tekanan pensyarah. Hasil kajian ini boleh digunakan untuk menentukan program intervensi yang tepat sebagai strategi mengatasi tekanan dan mengekalkan kebahagiaan para pensyarah di tempat kerja juga dalam kehidupan mereka.

Downloads

Published

2021-03-11