PERSEPSI TERHADAP PERLAKSANAAN PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN OLEH KAKITANGAN AWAM DI PUTRAJAYA, MALAYSIA

Authors

  • Kadir Arifin Pusat Kajian Pembangunan Sains Sosial dan Kemanusiaan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia
  • Wan Mohamad Zaidi Wan Isa Pusat Kajian Pembangunan Sains Sosial dan Kemanusiaan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia
  • Zainor-Akramin Haji Zaini Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia, Blok D4 Kompleks D Pusat Pentadbiran Kerajaan, 62530 Wilayah Persekutuan, Presint 1, 62530, Putrajaya
  • Amirul Shazli Sahimi Program Pengurusan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Univerisiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia

Abstract

Perlaksanaan pengurusan keselamatan dan kesihatan terhadap di tempat kerja penting dalam memastikan prestasi keselamatan di tempat kerja berada dalam keadaan selamat. Kesedaran pekerja terhadap keselamatan dan kesihatan pekerjaan dilihat masih lagi lemah terutamanya dalam pengaplikasian aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan semasa kerja. Kajian ini ingin melihat pengurusan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja yang yang merangkumi dasar keselamatan dan kesihatan, jawatankuasa keselamatan dan kesihatan, prosedur keselamatan dan kesihatan, latihan keselamatan dan kesihatan, persediaan tindakan kecemasan, siasatan aduan dan kemalangan serta komitmen dan tingkah laku keselamatan. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif iaitu menggunakan kaedah borang soal selidik yang diagihkan kepada 259 orang kakitangan pejabat dalam proses pengumpulan data. Hasil dapatan kajian yang diperoleh akan dianalisis secara analisis deskriptif iaitu dalam bentuk jadual kekerapan, peratusan dan min untuk mengenal pasti tahap kesedaran responden terhadap aspek keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Hasil kajian menunjukkan bahawa aspek dasar dan aspek latihan keselamatan dan kesihatan pekerjaan menunjukkan skor min paling tinggi berbanding lain-lain elemen iaitu sebanyak 4.44 min. Justeru dapat dirumuskan bahawa dasar dan prosedur keselamatan dan kesihatan pekerjaan penting terhadap aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh pihak bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan dan kesihatan pekerjaan berada pada tahap selamat.

Downloads

Published

2021-03-11