TAHAP KESEDARAN KAKITANGAN AWAM TERHADAP ASPEK KESELAMATAN DAN KESIHATAN DI TEMPAT KERJA

Authors

  • Kadir Arifin Pusat Kajian Pembangunan Sains Sosial dan Kemanusiaan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia
  • Wan Mohamad Zaidi Wan Isa Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang,
  • Zainor-Akramin Sahimi Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia, Blok D4 Kompleks D Pusat Pentadbiran Kerajaan, 62530 Wilayah Persekutuan, Presint 1, 62530, Putrajaya
  • Amirul Shazli Sahimi Program Pengurusan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Univerisiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia

Abstract

Tahap kesedaran kakitangan pejabat Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Putrajaya terhadap aspek keselamatan dan kesihatan di tempat kerja penting dalam memastikan keselamatan sentiasa berada pada tahap selamat. Kajian melibatkan kakitangan pejabat di JKKP Putrajaya merangkumi aspek demografi dan aspek tahap kesedaran dalam keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja. Tahap kesedaran aspek keselamatan dan kesihatan terhadap kakitangan pejabat masih berada pada tahap lemah terutamanya dalam kalangan kakitangan pejabat adalah penentu kepada kejayaan sesebuah organisasi sama ada tercapai atau sebaliknya. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap kesedaran pekerja di JKKP dari aspek demografi, latihan, persediaan tindakan, siasatan aduan dan komitmen dan tingkah laku keselamatan. Responden kajian terdiri daripada seramai 259 orang kakitangan pejabat Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Putrajaya, kaedah soal selidik digunakan sebagai instrumen utama bagi mendapatkan data. Data yang diperolehi dianalisis secara deskriptif menggunakan kekerapan, peratusan dan min untuk mengenal pasti tahap kesedaran responden terhadap aspek keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Hasil kajian menunjukkan aspek latihan dalam keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang paling dominan iaitu 4.44 min berbanding aspek-aspek lain seperti persediaan tindakan keselamatan, siasatan aduan dan kemalangan dan komitmen dan tingkahlaku keselamatan. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa latihan dalam keselamatan dan kesihatan pekerjaan penting terhadap aspek kesedaran pekerja terhadap keselamatan dan kesihatan pekerjaan terutamanya dalam meningkatkan tahap kesedaran terhadap pekerja.

Downloads

Published

2021-03-11