AKSESIBILITI DAN MANFAAT TELEFON DALAM KALANGAN GELANDANGAN SEMASA PANDEMIK COVID-19
Authors
Mohd Alif Jasni
Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial
Universiti Utara Malaysia
Dan Institute for Psychotherapy, Correctional & Rehabilitation (iPSYCORE)
Siti Hajar Abu Bakar Ah
Jabatan Pentadbiran dan Keadilan Sosial
Fakulti Sastera dan Sains Sosial
Universiti Malaya
Noralina Omar
Jabatan Pentadbiran dan Keadilan Sosial
Fakulti Sastera dan Sains Sosial
Universiti Malaya
Norruzeyati Che Mohd Nasir
Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial
Universiti Utara Malaysia
Dan Asian Research Institute for Governance (ARICG)
Abstract
Telefon bimbit merupakan peranti teknologi komunikasi mudah alih yang penting bagi setiap individu di dunia pada masa kini. Ia digunakan sebagai alat untuk melaksanakan pelbagai urusan seharian dan perkhidmatan serta untuk mengakses pelbagai maklumat. Kajian ini menumpukan kepada aksesibiliti dan manfaat telefon bimbit dalam kalangan gelandangan sepanjang pandemik Covid-19. Negara luar telah banyak melaporkan manfaat telefon bimbit kepada gelandangan dalam mengakses perkhidmatan dan sokongan sosial. Keperluan ini menjadi lebih signifikan semasa pandemik COVID-19 di mana gelandangan menggunakan telefon bimbit bagi mendapatkan maklumat berkaitan keperluan asasi mereka seperti makanan, pakaian, tempat berteduh dan sebagainya. Kajian menggunakan kaedah kuantitatif dengan mengedarkan borang soal selidik kepada 200 orang gelandangan di Kuala Lumpur. Hasil kajian menunjukkan responden mengakses telefon bimbit untuk pelbagai urusan seharian dan telefon bimbit memberikan pelbagai manfaat kepada mereka sepanjang pandemik Covid-19. Kajian ini memberi implikasi bahawa aksesibiliti kepada telefon bimbit merupakan suatu keperluan kepada golongan gelandangan dalam era pandemik Covid-19 dan mereka yang tidak mendapat akses dikhuatiri akan ketinggalan dari segi maklumat dan perkhidmatan.