ANALISIS PERBANDINGAN AMALAN PEMBENTUKAN INTEGRITI POLIS ANTARA NEGARA ASIA PASIFIK: SATU KAJIAN LITERATUR

Authors

  • Seiful Anuar Abdul Khalid Program Sains Pembangunan Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Suhana Saad Program Sains Pembangunan Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Abd. Hair Awang Program Sains Pembangunan Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Noordeyana Tambi Program Sains Pembangunan Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstract

Integriti merupakan pegangan nilai moral seseorang individu dan diterjemahkan melalui tingkah laku. Ianya juga sebagai piawaian atau jati diri individu yang berperanan mengawal sikap dalam menjalankan tugasnya dengan baik. Begitu juga, bidang kepolisan dilihat kerjaya penuh cabaran dan sentiasa terdedah dengan salah laku dan pelanggaran integriti. Terdapat beberapa cabaran yang perlu dihadapi oleh Polis Diraja Malaysia dalam memperkukuhkan reputasi dan imej integriti kepolisan. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pembentukan amalan integriti dalam Pasukan Polis Diraja Malaysia berbanding negara lain. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dalam menjalankan penelitian terhadap kandungan penyelidikan para sarjana mengenai integriti polis. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat beberapa perbezaan dan persamaan pembentukan amalan integriti polis melibatkan negara seperti Australia, Korea Selatan, China, dan Thailand di wilayah Asia Pasifik. Selain itu, kajian ini turut mengaitkan perbandingan amalan pembentukan integriti dengan teori integriti polis dan menghasilkan sebuah model penambahbaikan amalan integriti polis.

Downloads

Published

2021-07-23

Issue

Section

Article