IMPAK PANDEMIK COVID-19 TERHADAP GOLONGAN B40

Authors

  • Muhammad Hassan Din Mohd Tarip Universiti Teknologi Malaysia
  • Mohd Murtadha Said Universiti Teknologi Malaysia
  • Raimi Mohd Ramli Universiti Teknologi Malaysia
  • Huril 'Ain Nadhirah Mohammad Razan Universiti Teknologi Malaysia
  • Mohamad Haziq Amir Universiti Teknologi Malaysia
  • Noor Azli Azizi Universiti Teknologi Malaysia
  • Ukaneshwari Subramaniyam Universiti Teknologi Malaysia
  • Khairul Azmi Seliman Universiti Teknologi Malaysia
  • Faizah Mohd Fakhruddin Universiti Teknologi Malaysia
  • Fathiyah Mohd Fakhruddin Universiti Putra Malaysia

Abstract

Kajian ini membincangkan impak pandemik COVID-19 ke atas golongan B40 di Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji impak pandemik ke atas aspek sosio-ekonomi golongan B40, jenis bantuan kerajaan yang diterima, serta impak bantuan tersebut terhadap golongan B40 dalam menghadapi saat getir sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia pada tahun 2020. Kajian ini melibatkan 141 responden yang terdiri daripada golongan B40 di daerah Johor Bahru. Data dikumpul menggunakan soal selidik dan dianalisis menggunakan statistik deskriptif. Hasil kajian menunjukkan keadaan sosio-ekonomi golongan B40 amat terkesan berikutan penularan pandemik COVID-19. Antara dapatan kajian yang penting untuk dikemukakan ialah bantuan kerajaan seperti Bantuan Prihatin Nasional (BPN) memberi impak positif demi kelangsungan hidup golongan B40 di era yang mencabar ini. Kajian ini dapat memberi implikasi yang bermanfaat buat pihak berwajib dalam menimbangtara keberkesanan bantuan yang disalurkan. Selain itu, penambahbaikan boleh dijana hasil daripada dapatan kajian agar kelestarian sumber manusia di Malaysia dapat dikekalkan.

Downloads

Published

2021-10-25