ADAPTASI ANTARABUDAYA PELAJAR INDONESIA DI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Authors

  • Desi Pajrianti Jabatan Dosen Tetap Program Studi Komunikasi dan Penyiaran Islam Sekolah Tinggi Agama Islam Negeri Bengkalis Indonesia
  • Abdul Latiff Ahmad Pusat Kajian Media dan Komunikasi Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstract

Kajian ini dihasilkan untuk mengetahui dan memperincikankan proses dan pengalaman adaptasi antarabudaya yang berlaku ke atas para pelajar yang berasal dari Indonesia yang menyambung pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia. Adaptasi antarabudaya merupakan suatu proses seseorang individu itu belajar serta memahami budaya baru yang perlu ditempuh. Kajian ini menggunakan Model Lekuk U yang diasaskan oleh Lysgaard (1955) dengan melihat empat fasa adaptasi antarabudaya iaitu fasa bulan madu, fasa kejutan budaya, fasa penyesuaian, dan fasa penguasaan. Matlamat kajian ini adalah untuk meneroka pengalaman adaptasi antarabudaya daripada dimensi budaya yang sama mengamalkan budaya berbentuk kolektivisme. Objektif dalam kajian ini adalah ingin mengkaji proses adaptasi yang dialami oleh pelajar dari Indonesia di Universiti Kebangsaan Malaysia, mengenal pasti kejutan budaya yang dialami oleh pelajar Indonesia di Universiti Kebangsaan Malaysia, dan meneroka cabaran semasa proses adaptasi dalam kalangan pelajar Indonesia di Universiti Kebangsaan Malaysia. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini ialah perbincangan kumpulan fokus daripada pelajar Indonesia yang mewakili pelbagai pulau antaranya Sumatera, Jawa, Kalimantan, dan Sulawesi. Kajian ini mendapati bahawa meskipun terdapat persamaan akar budaya dan agama, tetapi tetap wujud pelbagai cabaran bagi para pelajar Indonesia dalam mengadaptasikan diri di Malaysia.

Downloads

Published

2021-11-08

Issue

Section

Article