Hubungan Di Antara Tekanan Kerja Dengan Kesejahteraan Keluarga

Authors

  • Nur Izzaty Mohamad Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Nurshahira Ibrahim Akademi Pengajian Islam dan Kontemporari, Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang (Kampus Jengka), 26400 Bandar Tun Razak, Pahang, Malaysia
  • Ishak Abd Rahman Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia
  • Azman Ismail

DOI:

https://doi.org/10.17576/ebangi.2022.1907.04

Abstract

Tekanan kerja adalah fenomena yang kritikal dalam pembangunan sumber manusia.  Tekanan kerja yang diuruskan secara teratur akan dapat meningkatkan kesejahteraan keluarga. Biarpun isu ini telah banyak dikaji namun peranan tekanan kerja sebagai pemboleh ubah peramal yang penting kepada kesejahteraan keluarga sering kali terabai dalam literatur pengurusan tekanan kerja. Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk menilai hubungan di antara tekanan kerja dengan kesejahteraan keluarga. Kaedah kaji selidik digunakan untuk mengumpul 160 data daripada pekerja di sebuah agensi awam, Putrajaya Malaysia. Dapatan menggunakan perisian SmartPLS menghasilkan tiga dapatan utama. Pertama, kekaburan peranan mempunyai hubungan yang signifikan dengan kesejahteraan keluarga. Kedua, konflik peranan mempunyai hubungan yang signifikan dengan kesejahteraan keluarga. Ketiga, beban peranan mempunyai hubungan yang signifikan dengan kesejahteraan keluarga. Keadaan ini menunjukkan bahawa ketidakupayaan pekerja mengendalikan tekanan kerja secara berhemah akan mengganggu kesejahteraan keluarga. Seterusnya, kajian ini turut mengemukakan perbincangan, implikasi dan kesimpulan kajian.Kata kunci: Kekaburan Peranan, Konflik Peranan, Beban Peranan, Tekanan Kerja, Kesejahteraan KeluargaAbstract: Work stress is a critical phenomenon in the development of human capital. Work stress that is managed regularly will be able to increase family well-being. Although this issue has been widely studied, the role of work stress as an important predictor variable for family well-being is often neglected in the literature of work stress management in organizations. The purpose of this study is to evaluate the relationship between work stress and family well-being. A survey method was used to collect 160 data from employees in a public agency, Malaysia. Findings using SmartPLS software produced three main findings. First, role ambiguity has a significant relationship with family well-being. Second, role conflict has a significant relationship with family well-being. Third, role burden has a significant relationship with family well-being. This situation shows that the ability of employees to handle work stress prudently will help them balance work and family matters in the organization studied. Next, this study also presents the discussion, implications and conclusions of the study.Keywords: Role Ambiguity, Role Conflict, Role Burden, Work Stress, Family Well-Being

Downloads

Additional Files

Published

2022-11-30

Issue

Section

Article