Menjana Keharmonian Melalui Jalinan Kerjasama Antara Penganut Beza Agama di Sabah

Authors

  • Suraya Sintang Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah, 88400, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.
  • Mohd. Nazmi Mohd. Khalli Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah, 88400, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.
  • Khadijah Mohd. Khambali@Hambali Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia.
  • Rosazman Hussin Institut Kajian Orang Asal Borneo, Universiti Malaysia Sabah, 88400, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.

Abstract

Keharmonian sosial antara agama dan etnik merupakan indikator penting yang berperanan sebagai kayu ukur kepada kesejahteraan insan. Sungguhpun indikator ekonomi adalah prasyarat utama bagi menilai kesejahteraan insan, ia tidak bersifat holistik dalam membina pembangunan harmoni yang lestari. Kepincangan keharmonian yang tidak seimbang dan berat sebelah yang hanya menjurus kepada pencapaian ekonomi ataupun material semata-mata, perlu diimbangi dengan penerapan norma-norma sosial yang dipupuk daripada ikatan kasih sayang, keakraban dan jalinan mesra antara pihak berbeza agama dan etnik. Dalam konteks Malaysia, suasana harmoni begitu menyerlah kerana masyarakatnya berupaya mempamerkan gaya hidup bersama meski berdepan dengan isu perbezaan agama dan etnik. Makalah ini membincangkan amalan dan contoh teladan yang dipraktiskan oleh penganut beza agama di Sabah yang ditonjolkan melalui jalinan kerjasama, iaitu kerjasama untuk mengekalkan hubungan sedia kala dan kerjasama untuk memulihkan semula hubungan tegang kesan daripada konflik keluarga beza agama. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif bersandarkan reka bentuk analisis kandungan dan kaedah temu bual mendalam bersama informan utama daripada pihak autoriti agama dan individu terlibat dalam konflik keluarga beza agama. Hasil kajian memperlihatkan bahawa pengekalan keharmonian masyarakat Sabah diterjemah melalui kesediaan masyarakatnya hidup bersama yang menatijahkan gaya hidup yang cintakan perdamaian sehingga sebarang konflik yang berlaku ditangani melalui jalan tengah (middle path), bersetuju untuk tidak bersetuju (agree to disagree) dan situasi menang-menang (win-win situation). Kajian ini menyumbang dalam rangka mengetengahkan fungsi agama sebagai penjana keharmonian melalui penerapan nilai-nilai murni melalui amalan kerjasama antara pihak berbeza agama.Kata kunci: Keharmonian sosial, kesejahteraan insan, norma sosial, jalan tengah, fungsi agamaAbstractSocial harmony among people of different religious and ethnic groups is a significant indication of human well-being. Although economic indicator is a key prerequisite for measuring human well-being, it does not provide a comprehensive picture of how to achieve long-term harmony. The unbalanced and partial or biased harmony that exclusively leads to economic or material gains must be balanced with instilling social norms nurtured from the bonds of love, closeness, and friendly ties amongst people from different religious and ethnic groups. The environment of harmony is particularly strong in Malaysia since the society can demonstrate an easy-going lifestyle despite facing issues of religious and ethnic differences. This paper discusses the examples of cooperation practiced by believers of different religions in Sabah, particularly cooperation to retain existing relationships to mend strained relationships because of interfaith family conflict. This study uses a qualitative method based on content analysis design and in-depth interviews with the key informants from religious authorities and individuals involved in interfaith family conflict. The study’s findings revealed that Sabah’s peaceful coexistence is reflected in people’s willingness to live together, which encourages a peace-loving lifestyle, allowing any problems to be resolved through a middle path, agreeing to disagree and win-win situation. This study contributes to a better understanding of religion’s function as a generator of harmony through the application of noble values and the practice of cooperation across religious groups.Keywords: Social harmony, human well-being, social norms, middle path, religion’s functionRujukanBartoli, A. (2004). Christianity and Peacebuilding. In Harold C. & Gordon S. Religion and Peacebuilding. Albany: State University of New York.Bell, D. A., & Mo, Y. (2014). Harmony in the World 2013: The Ideal and the Reality. Social Indicators Research, 118(2), 797–818. https://doi.org/10.1007/s11205-013-0439-zCherian, J. K. (2019). An Interreligious Initiative for Peace and Harmony: A Christian Perspective. Transformation, 36(2), 100–112. https://doi.org/10.1177/0265378819844874Guixot, H. E. M. A. A. (2019). Prophetic Meaning of the Document on Human Fraternity. https://www.pcinterreligious.org/prophetic-meaning-of-the-document-on-human-fraternity-ayusoHaslina Ibrahim. (2013). Muhibah for a Sustainable Framework of Inter-Religious Relation in Malaysia. In presented at a Joint Seminar between he Department Of Usuluddin & Comparative Religion, Kirkh, IIUM And Cismor, Doshisha University, Kyoto On “Shariah, Governance And Interreligious Relations” , 26th October 2013 at the International Islamic University Ma (Issue October).Mahdavi, M. R., & Entezari, A. (2020). Social Religiosity and National Solidarity : A Comparison Between Iranian and Indian Youths. Journal of Critical Reviews, 7(2), 204–213.Mohammad Naqib Hamdan, Mohd Anuar Ramli, Syamsul Azizul Marinsah, Rahimin Affandi Abdul Rahim, Muhd Imran Abdul Razak, Muhammad Izzul Syami Zulkepli, & Zulkepli, S. (2018). Aplikasi Fiqh AlTa ‘ Ayush yang Berorientasikan Prinsip Wasatiyyah dalam Membina Keharmonian Masyarakat Majmuk di Malaysia (No. 14-15 November 2018; Issue November).Mullick, S. (2021). All-Inclusive World : An Appraisal of Fratelli Tutti on Fraternity and Social Friendship. 2021(Jan-Feb), 12–21. https://doi.org/10.5281/zenodo.4318167Nazmi, M., Khalli, M., Sintang, S., & Marinsah, S. A. (2020). Rahmatan Lil ’Alamin: Kerangka Konsep Keharmonian Di Malaysia. Sains Insani 5 (2), 32-42.Neo, J. L. (2019). Dimensions of religious harmony as constitutional practice: Beyond state control. German Law Journal, 20(7), 966–985. https://doi.org/10.1017/glj.2019.78Nur Farhana Abdul Rahman;, Khadijah Mohd Khambali @ Hambali;, Jaffary Awang;, Zul ’Azmi Yaakob &, & Shapiee, N. S. (2020). Memahami Agama Lain Asas Toleransi Beragama : Tujuan dan Syarat dari Perspektif Pemimpin Agama di Malaysia. Akademika, 90(2), 165–179.Pye, Michael, Franke, E., Wasim, A. T., & Abdurrahman Ma’sud. (2006). Religious Harmony : Problems, Practice, and Education. Proceedings of the Regional Conference of the International Association for the History of Religions, Yogyakarta and Semarang, Indonesia, September 27th-October 3rd, 2004. In M. Pye, E. Franke, A. T. Wasim, & A. Ma’sud (Eds.), Religious Harmony : Problems, Practice, and Education. Proceedings of the Regional Conference of the International Association for the History of Religions, Yogyakarta and Semarang, Indonesia, September 27th-October 3rd, 2004 (p. 363). Walter de Gruyter GmbH & Co.Setiyawan Gunardi, Mualimin Mochammad Sahid, & Mohammad Hadi Zahalan. (2019). Konsep Harmoni Dalam Masyarakat Muslim Dan Bukan Muslim. Seminar Serantau Pengajian Tinggi Islam (SeIPTI) 2019At: UNISSA, Brunei Darussalam, November.Shamsul Amri Baharuddin. 2007. Modul Hubungan Etnik. Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), Universiti Teknologi Mara.Tuffour, Isaac. (2017). A Critical Overview of Interpretative Phenomenological Analysis: A Contemporary Qualitative Research Approach. Journal of Healthcare Communications. 2(4).Zulkifli Aini and Wan Nurul Anis Wan Ismail. (2018). Pengenalan kepada amalan konsep fiqh al- ta’ayush. Zulkefli Aini, Mohamad Zulkifli Abdul Ghani dan Zainab Ismail (eds). Rahmah lil alamin: dakwah dalam masyarakat majmuk Malaysia, Bangi: Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia 21-35.

Downloads

Published

2022-08-31