Analisis Hotspot bagi Kes Demam Denggi di Pulau Pinang Menggunakan Pendekatan Aplikasi Sistem Maklumat Geografi (GIS) (Hotspot Analysis of Dengue Fever Cases in Penang Using a Geographic Information System (GIS) Application Approach)
Abstract
Kes demam denggi di Pulau Pinang menunjukkan peningkatan mendadak dari tahun 2021 hingga 2023, dengan jumlah kes tertinggi direkodkan pada tahun 2023. Kajian ini menggunakan teknologi Sistem Maklumat Geografi (GIS) untuk menganalisis taburan ruang kes demam denggi dan mengenal pasti kawasan titik panas (hotspot) utama. GIS membolehkan pemetaan taburan kes dijalankan secara sistematik serta membantu mengenal pasti faktor persekitaran dan demografi yang menyumbang kepada penyebaran penyakit. Analisis statistik seperti korelasi Pearson digunakan bagi mengkaji hubungan antara pembolehubah persekitaran seperti suhu, taburan hujan, dan kepadatan penduduk terhadap bilangan kes. Hasil dapatan menunjukkan Seberang Perai Tengah mengalami peningkatan kes paling ketara, iaitu daripada 549 kes pada tahun 2022 kepada 3,100 kes pada tahun 2023. Sebaliknya, Seberang Perai Selatan mencatatkan jumlah kes yang lebih rendah dan stabil, antara 62 hingga 232 kes. Taburan kes menunjukkan bahawa taburan hujan mempunyai hubungan yang sangat kuat (r=0.965) dan signifikan secara statistik terhadap peningkatan kes, manakala suhu dan kepadatan penduduk menunjukkan pengaruh yang berbeza mengikut tahun. Analisis hotspot mengesahkan kepekatan kes di kawasan yang lebih urban dan padat. Kajian ini memberi panduan penting kepada pihak berkuasa kesihatan dalam merangka strategi pencegahan yang lebih terarah dan berkesan melalui pemantauan persekitaran, kawalan vektor yang bersasar serta penggunaan data GIS.
Kata kunci: Kes Demam Denggi; Pulau Pinang; GIS, korelasi; titik panas (Hotspot)
Abstract: Dengue fever cases in Penang have increased sharply from 2021 to 2023, with the highest number recorded in 2023. This study applies Geographic Information System (GIS) technology to analyze the spatial distribution of dengue cases and identify key hotspot areas. GIS enables systematic mapping of case clusters and supports the identification of environmental and demographic factors contributing to the spread of the disease. Statistical analyses, particularly Pearson correlation, were conducted to examine the relationships between environmental variables such as temperature, rainfall, and population density and case distribution. Results revealed that Seberang Perai Tengah experienced the most significant surge in cases, rising from 549 in 2022 to 3,100 in 2023. In contrast, Seberang Perai Selatan recorded relatively lower and more stable case numbers, ranging from 62 to 232 cases. The findings indicate that rainfall showed a strong (r=0.965) and statistically significant correlation with dengue cases, while temperature and population density exhibited varying degrees of influence across the two years. The hotspot analysis further confirms the concentration of cases in highly urbanized districts. These findings offer valuable insights for public health authorities to develop more targeted and proactive prevention strategies, including environmental monitoring, community engagement, and focused vector control interventions using GIS-based data.
Keywords: Dengue Fever Cases, Pulau Pinang, GIS, correlation, hotspot
References
Awang, A. (2010). Perubahan habitat manusia dan persekitaran serta implikasinya terhadap penyakit dan kesihatan serta pengurusannya. International Journal of the Malay World and Civilisation, 28(2), 195-209.
Bakar, J., Mohamad, S. I. S., Yusof, H., & Abidin, I. Z. Z. (2022). Tinjauan literatur berkaitan tahap pengetahuan, sikap dan persepsi orang awam terhadap dasar larangan merokok oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia, 20(2), 63-68. http://dx.doi.org/10.17576/JSKM-2022-2002-07.
Basir, N., Ab Rahim, I. S., & Halim, M. Z. A. (2020). Analisis tingkah laku sosiologi masyarakat berasaskan teori interaksionisme melalui perangkaan Data Kes Covid-19 Di Malaysia. Pendeta, 11, 11-30. https://doi.org/10.37134/pendeta.vol11.edisikhas.2.2020.
Ekonomi, U. P. (2016). Mencapai Akses Sejagat kepada Penjagaan Kesihatan Berkualiti.
Er, A. C., Elainie, M. K., Asmahani, A., Mazrura, S., & Zainudin, M. A. (2011). Perubahan cuaca dan penyakit denggi: Kajian kes di daerah Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. E-Bangi:Journal of Social Sciences and Humanities, 6(1), 38-48.
Guan, A. T. K. (2020). Faktor Sosioekonomi dan Faktor Risiko Penyakit Tidak Berjangkit di Malaysia (Penerbit USM). Penerbit USM.
Hamdan, H. (2010). Perubahan tahap kerintangan dalam nyamuk Culex quinquefasciatus, Aedes aegypti dan Aedes albopictus terhadap insektisid malathion, permethrin dan temephos. University of Malaya (Malaysia).
Isa, D. M., Isa, S. M., & Mapjabil, J. (2021). Pembangunan Sumber dan Komuniti Pulau. Universiti Malaysia Sabah Press.
Ismail, S. (2017). Pengaruh Cuaca Terhadap Penyebaran Kes Demam Denggi di Kuala Lumpur (Doctoral dissertation, University of Malaya).
Jamri, M. H., Ismail, N., Ahmad, J. H., & Singh, D. (2017). Kempen kesedaran kesihatan awam: Satu tinjauan literatur dari sudut penggunaan media dan komunikasi di Malaysia. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 33(3), 1-20. https://doi.org/10.17576/JKMJC-2017-3303-01.
Judijanto, L., Laksono, R. D., Ningsi, N., Wasita, R. R. R., & Suarti, E. (2024). Pengantar Epidemiologi: Teori Komprehensif. PT. Sonpedia Publishing Indonesia.
Kamis, A., & Choy, L. K. (2018). Aplikasi GIS dalam penilaian kawasan berisiko tinggi wabak denggi di Semenanjung Malaysia tahun 2016 (Application of GIS for Assessment of dengue risk areas in Peninsular Malaysia in 2016). Geografia, 14(2).
Kusumawati, N., & Sukendra, D. M. (2020). Spasiotemporal Demam Berdarah Dengue berdasarkan House Index, Kepadatan Penduduk dan Kepadatan Rumah. HIGEIA (Journal of Public Health Research and Development), 4(2), 168-177. https://doi.org/10.15294/higeia.v4i2.32507.
Lema, Y. N., Almet, J., & Wuri, D. A. (2021). Gambaran siklus hidup nyamuk Aedes sp. di Kota Kupang. Jurnal Veteriner Nusantara, 4(1), 2-2.
Muis, A. (2020). Hubungan Perubahan Tanda Vital dan Kadar Hematokrit terhadap Resiko Dengue Hemoragic Fever pada Pasien Anak di PUSKESMAS Mangkurawang Tenggarong.
Nasir, N. M., & Abd Majid, N. (2024). Sikap masyarakat dalam mengamalkan pencegahan demam denggi di Bandar Baru Bangi, Selangor. Geografia, 20(2), 107-127. https://doi.org/10.17576/geo-2024-2002-07.
Noor, A. H. M., Aziz, L. M., Azlan, M. U. I. M., Jasyua, M. F. H. M., Azmizee, N. A. A., & Haizan, M. A. S. A. (2023). M ZeroStag Effect to Reduce Dengue Mosquito Breeding. International Journal of Synergy in Engineering and Technology, 4(2), 119-127.
Nor, N. M., & Er, A. C. (2016). Analisis tren bilangan insiden hotspot denggi dengan penubuhan COMBI di Malaysia: Kajian di Daerah Seremban, Negeri Sembilan. Geografia, 12(10).
Omar, S., Karim, N., Ramli, N. S., & Othman, H. (2023). Impak Semburan Isi Padu Ultra-Rendah minyak pati Piper aduncum L. terhadap Populasi Vektor Denggi di Kawasan Wabak dan Bukan Wabak di Selangor, Malaysia. Sains Malaysiana, 52(9), 2613-2624.
Rosidi, A. H., & Rahman, A. A. (2022). Pendekatan spatial bagi analisis lokaliti taburan kes demam denggi sekitar kawasan Kulim, Kedah. E-Bangi:Journal of Social Sciences and Humanities,19(2).
Saputra, A. U., Ariyani, Y., & Dewi, P. (2023). Faktor Yang Berhubungan Dengan Lingkungan Fisik Dan Kebiasaan Keluarga Terhadap Penyakit Demam Berdarah Dengue (Dbd). Jurnal'aisyiyah Medika, 8(2). https://doi.org/10.36729/jam.v8i2.1119.
Shamsuri, M. F. A. (2015). Masalah longgokan sampah kawasan perumahan berteres kajian kes: Taman Universiti, Skudai, Johor (Doctoral dissertation, Universiti Teknologi Malaysia).
Sobian, A. (2021). Pandemik Covid-19 dan pengabaian manusia terhadap alam sekitar: Ulasan Islami. Jurnal Dunia Pengurusan, 3(1), 58-70.
Sutriyawan, A., Darmawan, W., Akbar, H., Habibi, J., & Fibrianti, F. (2022). Faktor yang Mempengaruhi Pemberantasan Sarang Nyamuk (PSN) Melalui 3M Plus dalam Upaya Pencegahan Demam Berdarah Dengue (DBD). Jurnal Ilmu Kesehatan Masyarakat, 11(01), 23-32.
Tahir, Z., & Malek, J. A. (2017). Pemantauan percanggahan guna tanah bandar dan tanah pertanian menggunakan Sistem Maklumat Geografi (GIS). Geografia-Malaysian Journal of Society and Space, 13(3), 112-130.
Talib, A. (2019). Isu Kontemporari dalam Pembangunan dan Kesejahteraan Masyarakat (UUM Press). UUM Press.
Keywords
Full Text:
PDFDOI: http://dx.doi.org/10.17576/ebangi.2025.2202.23
Refbacks
- There are currently no refbacks.
-
_________________________________________________
eISSN 1823-884x
Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA
© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia