Gaya Bahasa Amr Bagi Konteks Haji Dalam Surah Al-Baqarah (Analysis of the Language Style of Amr in the Context of Hajj in Surah Al-Baqarah)

Authors

  • Syakirah Bt Rifa’in@Mohd Rifain Universiti Malaya
  • Mat Taib Bin Pa Universiti Malaya
  • Rosni Samah Universiti Sains Islam Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.17576/gema-2018-1802-16

Abstract

Kajian ini membincangkan gaya bahasa amr berkaitan haji yang merangkumi umrah dalam surah al-Baqarah. Kajian ini mempunyai dua objektif utama, iaitu yang pertama untuk mengenalpasti bentuk dan tujuan amr dan yang kedua untuk merumuskan mesej tersirat daripada kepelbagaian bentuk amr bagi konteks haji yang merangkumi umrah dalam surah al-Baqarah. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang dianalisis menggunakan teknik analisis teks berdasarkan konteks ayat dengan menggunakan tafsir-tafsir yang berkaitan dari ulama silam dan moden. Bagi objektif pertama kajian ini menggunakan Teori cAbbas (1997) manakala objektif kedua pula menggunakan Teori al-Awsiy (1988) dan al-Zuhayliy (1991). Dapatan kajian menunjukkan bahawa konteks haji dan umrah mempunyai dua bentuk amr iaitu ficl amr dan uslub khabariy yang memberi makna insya‘iy. Manakala terdapat tiga tujuan amr bagi konteks ini iaitu wajib, tahdid atau amaran dan sunat. Seterusnya bagi mesej tersirat kepelbagaian bentuk amr kajian ini merumuskan bahawa ficl amr digunakan sebagai arahan yang sangat tegas dan kuat yang menunjukkan kesungguhan untuk menjelaskan perkara-perkara asas dan uslub khabariy yang memberi makna insya‘iy pula bersifat kelembutan kerana ia melibatkan perkara yang sukar. Secara kesimpulannya, kepelbagaian bentuk amr yang digunakan mengikut konteks dan situasi tertentu mempunyai keunikan dan mesej tersirat yang tersendiri. Ini merupakan satu dapatan baru dan kajian ini boleh dilanjutkan lagi dalam surah lain selain al-Baqarah. Kata kunci: Balaghah; gaya bahasa amr; haji dan umrah; al-Baqarah  ABSTRACT This study discusses on the language style of amr concerning hajj, encompassing umrah as revealed in surah al-Baqarah. This study addresses two main objectives; firstly, to identify the form and functions of amr and secondly, to summarize the implicit meaning of the diverse forms of amr in the context of hajj including umrah in surah al-Baqarah. The study is designed using qualitative approach by employing text analysis based on Quranic exegeses by traditional and modern scholars. cAbbas (1997) Theory is applied for the first objective and the remaining objective is based on the Theory of al-Awsiy (1988) and al-Zuhayliy (1991). The findings of the study regarding hajj and umrah encompassed two forms of amr, which are ficl amr and uslub khabariy which means insyaiy. Three purposes of amr are discovered within this context and they are obligatory (wajib), warning (tahdid) and sunnah.With regards to the diverse types of indirect meaning of amr forms, this study found that ficl amr is used as a strong and firm way to reflect the intensity of command in explaining fundamental matters. Uslub khabariy which is referred to as insyaiy, is used subtly because it involves complicated matters. In conclusion, the forms of amr that have been used in specific contexts and circumstances have its own unique and implicit meanings. Thus, it is a good starting point to extend the scope of the present study to include other surah besides al-Baqarah. Keywords: Balaghah; the language style of amr; hajj, umrah; al-Baqarah 

Author Biographies

Syakirah Bt Rifa’in@Mohd Rifain, Universiti Malaya

Syakirah Bt Rifa’in@Mohd Rifain merupakan calon Doktor Falsafah dalam bidang bahasa Arab (Balaghah) di Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya.

Mat Taib Bin Pa, Universiti Malaya

Dr. Mat Taib bin Pa merupakan pensyarah kanan di Jabatan Bahasa Arab dan Timur Tengah, Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya. Bidang kajian dan kepakaran beliau adalah bahasa al-Quran, kurikulum bahasa Arab dan terjemahan dua hala Arab-Melayu. 

Rosni Samah, Universiti Sains Islam Malaysia

Prof. Madya Dr Rosni Samah merupakan Profesor Madya di Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia. Bidang pengkhususan beliau ialah bahasa dan sastera Arab, terjemahan dan pengajaran bahasa Arab sebagai bahasa asing.

References

Al-Quran al-Karim

cAbbas, F. H. (1997). Ilm al-Macani. Jordan: Dar al-Furqan.

cUthaymin, M. S. (2003). Tafsir al-Quran al-Karim. Riyadh: Dar Ibn Jauzi.

Abdul Aziz cAtiq. (2009). Ilm al-Macani. Beirut: Dar an-Nahdah al-‘cArabiyyah.

Abdul Fatah Fayyud, B. (2013). Ilm al-Macani. Al-Qahirah: Mu’assasah al-Mukhtar.

Abdul Wahid Salleh. (2006). Ilmu al-Macani. Kuala Terengganu: Bait al-

Hikmah.

Abu Hayyan, Muhammad bin Yusof bin Ali bin Yusof bin Hayyan al-Andalusi al-Gharnati. (1983). Tafsir al-Bahr al-Muhit. Beirut: Dar Ihya’

at-Turath al-cArabiy.

Ad-Durrah, M. A. T. (2008). Tafsir al-Quran al-Karim Icrabuhu wa Bayanuhu. Damsyik: Dar Ibn Kathir.

Al-cAdwiy, A. M. (1996). At-Tashil li Ta’wil at-Tanzil. Mesir: ad-Daqahliyah.

Al-Awsiy, Q. I. (1988). Asalib at-Talab cinda al-Nahwiyyin wal Balaghiyyin, Baghdad: Wizarah at-Tclim al-cAli wa al-Bahth al-Ilmiy.

Al-Hasyimi, S. A. (2008). Jawahir al-Balaghah fi al-Ma’ani wa al-Bayan wa al-Badi’. Beirut: Mu’assasah al-Macarif.

Al-Husaini, Khalaf Muhammad. (1985). Obor al-Quran. Majlis Tertinggi Hal Ehwal Agama Islam CAIRO. Yayasan Islam Terengganu.

Al-Jassas, A. B .A. (1992). Ahkam al-Quran. Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-cArabiy.

Al-Maraghiy, A. M. (1946). Tafsir al- Maraghiy. Mesir: Maktabah Mustafa al-Babiy al-Halabiy.

Al-Zuhayliy, W. (1991). Tafsir al-Munir. Beirut: Dar al-Fikr al-Mucasir.

Ar-Raziy, F. (1997). Tafsir al-Kabir. Lubnan: Dar al-Fikr.

As-Sacdiy, A. N. (2002). Taysir al-Karim ar-Rahman fi Tafsir Kalam al-Mannan, Riyadh: Dar as-Salam.

As-Sabuniy, M. ‘A. (1980). Rawaic al Bayan Tafsir Ayat Ahkam. Damsyik: Maktabah al-Ghazali.

As-Syawkaniy, M. (1994). Fath al-Qadir. Beirut: Dar al-Macrifah.

Az-Zamakhsyariy, A. (2010). Al-Kasysyaf. Al-Qahirah: Maktabah Mesr.

Hamka, Abdul Malik Abdul Karim Amrullah. (2015). Tafsir al-Azhar. Kuala Lumpur: PTS Islamika Sdn Bhd.

Husni bin Abdullah. (2017). Uslub Hakim Dalam Hadis Nabi saw Satu Pendekatan Dakwah Berkesan. HADIS: International Reviewed Academic Journal. Vol. 7(13), 1-2.

Ibn cAsyur, M. T. (1984). At-Tahrir wa at-Tanwir. Tunisia: Dar Sahnun.

Ibn Kathir, A. F. I. (1999).Tafsir al-Quran al-‘Azim. Riyadh: Dar at-Tayyibah.

Kuckartz, U. (2014). Qualitative Text Analysis: A Guide to Methods, Practice & Using Software. London: Sage Publications Ltd.

Muhamad Khairul Anuar Bin Zulkepli. (2016). Buah-Buahan Dalam Al-Quran Menerusi Aspek Bahasa Arab. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah. Vol. 3(2), 167.

Rasyid Rida, M. (1999). Tafsir al-Manar. Beirut: Dar Kutub al-Ilmiyyah.

Roslan Ab. Rahman, Hashim Mat Zain, Md Nor Abdullah & Hasan al-Banna Muhammad (2012). Keindahan Gaya Bahasa al-Quran: Satu Tinjauan Isticarah Dalam Juzuk Kedua. Jurnal Ulum Islamiyyah. Vol. 9(12), 1-2.

Tantawiy, M. S. (1987). Tafsir al-Wasit. Al-Qahirah: Dar Nahdah Mesr.

Wan Azura Wan Ahmad, Lubna Abd Rahman, Arnida A. Bakar & Ahmad

Pangidoan Nasution. (2006). Pendekatan dan Strategi Efektif Dalam Penguasaan Bahasa Arab. Nilai: Penerbit USIM.

Zamri Rajab & Kaseh Abu Bakar. (2011). Penggunaan Syahid al-Quran Dalam Kitab Sharh Ibn cAqil dan Sharh Qatr al-Nada Wa Bal al-Sada Bab al-Marfu cat: Gema Online®: Journal of Language Studies. Vol. 11(2), 84-85.

Downloads

Published

2018-05-30

Issue

Section

Special Section