Pemikiran belia Malaysia: Pengaruh umur, etnisiti dan status ekonomi (Thoughts of Malaysian youth: Influences of age, ethnicity and economic status)

Zulkifley Hamid, Muammar Ghaddafi Hanafiah

Abstract


Abstrak

Kajian ini telah dilakukan untuk membandingkan bentuk pemikiran belia yang berlainan tahap umur. Data kajian juga dapat menentukan pengaruh etnik terhadap bentuk pemikiran belia, dan juga dapat memperlihatkan pengaruh status ekonomi terhadap cara belia berfikir. Data kajian lapangan telah dikumpul menggunakan satu set borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Instrumen kajian telah dibentuk menggunakan Skala Likert. Kajian telah dilakukan di tiga kawasan iaitu Felda Trolak Selatan di Perak, Ramuan Cina di Melaka dan Bandar Baru Bangi di Selangor. 912 orang belia dari pelbagai tahap umur, etnik dan status ekonomi telah dipilih sebagai responden kajian. Dapatan kajian jelas menunjukkan tahap umur mempengaruhi cara belia berfikir. Dapatan turut menunjukkan terdapat perbezaan yang ketara dalam bentuk pemikiran belia yang berlainan etnik. Data kajian juga menunjukkan cara  belia berfikir adalah berbeza disebabkan oleh perbezaan status ekonomi.  Perbezaan pemikiran adalah disebabkan oleh pelbagai faktor, khususnya pemboleh ubah-pemboleh ubah yang menjadi fokus dalam kajian ini. Dapatan kajian dapat memberikan petunjuk yang berguna kepada para perancang dan pelaksana program intervensi dan pemerkasaan belia di Malaysia. Belia yang datang dari latar belakang kehidupan yang berbeza harus menerima bentuk intervensi dan latihan pemerkasaan yang berbeza. Jika faktor tahap umur, etnik dan status ekonomi dapat dipertimbangkan dan diambil kira dalam perancangan dan pelaksanaan pelbagai program yang melibatkan belia, taklimat dan latihan yang diberikan kepada mereka akan memberikan kesan yang jauh lebih baik.  Perbezaan tahap umur, etnik dan status sosio ekonomi telah menyebabkan perbezaan cara berfikir dalam kalangan belia Malaysia.

Kata Kunci: Etnisiti, intervensi belia, pemerkasaan belia, pemikiran belia, tahap umur, status ekonomi.

Thoughts of Malaysian youth: Influences of age, ethnicity and economic status

Abstract

This study aims to analyse the thoughts of Malaysian youth of different age groups. Data were used to determine the effect of ethnicity and the influence of economic status on how youth think.  Data were collected by using a set of questionnaires as an instrument, utilising the Likert Scale. The study was conducted in three regions, namely Felda Trolak in Perak, Ramuan Cina in Melaka and Bandar Baru Bangi in Selangor. A total 912 youth from various age group, ethnic and economic status were selected as respondents. The findings show that there are significant differences of youth’s thoughts from different age level, ethnic and economic status. The difference is influenced by various factors, especially variables that were studied in this research, ie age, ethnic and economic status. The findings provide evidence and informations useful to planners and implementers of interventions programs for youth empowerment in Malaysia. Youth who came from different background should receive different forms of training and intervention. Many factors must be considered and taken into account in the planning and implementation of various programs involving youth. Youth of different age groups, ethnic and economic status has different mindset.

 

Keywords: Age group, economic status, ethnicity, youth empowerment, youth intervention program, youth thoughts.

 


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.