Memperkasakan usahawan van dalam pengangkutan awam luar bandar di Hulu Terengganu (Strengthening van operators as public transport in rural area: A case study in Hulu Terengganu)

Authors

  • Mazdi Marzuki Jabatan Geografi & Alam Sekitar, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak
  • Rosmiza M.Z. Pusat Penyelidikan Kelestarian Sosial, Persekitaran dan Pembangunan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Jabil Mapjabil Unit Penyelidikan Etnografi dan Pembangunan, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, Sabah
  • Nur Kalsom Md Isa Jabatan Geografi & Alam Sekitar, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak

Abstract

Abstrak Di kawasan luar bandar, pengangkutan awam merupakan keperluan penting kepada penduduk khususnya kepada golongan yang tidak mempunyai pengangkutan persendirian. Namun begitu, setelah hampir 60 tahun kemerdekaan, perkhidmatan pengangkutan awam di kawasan luar bandar masih kurang memuaskan. Pihak berwajib pula seolah-olah lepas tangan kepada pengusaha individu untuk menjalankan perkhidmatan pengangkutan awam di kawasan ini. Artikel ini bertujuan untuk membincangkan cadangan bagi memperkasakan lagi usahawan van sebagai perkhidmatan pengangkutan awam di kawasan luar bandar. Kajian dilakukan di Hulu Terengganu iaitu salah sebuah daerah di Negeri Terengganu. Seramai 146 orang responden yang terdiri daripada pengguna di kawasan luar bandar di Hulu Terengganu terlibat dalam penyelidikan ini. Persepsi pengguna berkaitan dengan kualiti pengangkutan van yang beroperasi di kawasan ini dinilai berdasarkan operasi perkhidmatan, kecekapan, pemanduan, ketersampaian, keselesaan, keboleharapan, keselamatan, kos dan kemudahan di terminal. Melalui hasil kajian beberapa cadangan dikemukakan untuk memperkasakan perkhidmatan pengangkutan van di kawasan kajian. Kata Kunci: imej pengangkutan awam, luar bandar, memperkasa, pengangkutan awam, usahawan van, keselesaan Strengthening van operators as public transport in rural area: A case study in Hulu Terengganu Abstract In rural areas, public transport is an essential requirement for the people, especially to those who do not own a private vehicle. However, after almost 60 years of independence, public transportation services in rural areas are still unsatisfactory. The authorities also seem to be leaving the running of public transportation services in this area to individual entrepreneurs. Therefore, this paper attempts to provide some recommendations to improve the service of public transport in rural areas.  The study was conducted in Hulu Terengganu, one of the districts in the Terengganu state. A total of 146 respondents of public transport users in rural areas of Hulu Terengganu are involved in this research. Consumer perceptions regarding the quality of public transport services are assessed in several elements which include service operations, efficiency, maneuverability, accessibility, comfort, reliability, safety, cost and terminal facilities. A number of recommendations to strengthen the public transportation services are suggested to provide an added value to the image of public transportation in rural areas. Keywords: Public transport image, rural areas, empowerment, public transport, rural area, van operators, comfort 

Downloads

Published

2016-10-31

Issue

Section

Articles