Analisis keperluan pembangunan pusat transformasi luar bandar (RTC) Terengganu (Developmental needs analysis of Terengganu Rural Transformation Centre (RTC)
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menentukan keperluan penduduk setempat yang tinggal di sekitar Pusat Transformasi Luar Bandar atau Rural Transformation Center (RTC) Terengganu di Bandar Al-Muktafi Billah Shah. Kajian ini menggunakan pendekatan campuran iaitu kaedah kuantitatif dan kualitatif. Kajian ini menggunakan borang soal selidik untuk pengumpulan data kuantitatif dan kualitatif. Data kuantitatif dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Data kualitatif pula dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Kajian ini mendapati majoriti responden memerlukan pengangkutan awam seperti bas dan teksi. Didapati juga ada dalam kalangan responden mengatakan RTC perlu menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Di samping itu, temubual dengan pelanggan dan kakitangan agensi kerajaan di RTC pula mendapati pelaksanaan inisiatif perkhidmatan kesihatan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, aktiviti zon agro istimewa dan aktiviti promosi berada pada tahap rendah dan memerlukan perhatian yang sewajarnya. Manakala perbincangan kumpulan sasar seperti penyewa, pekerja dan penduduk sekitar, pemimpin tempatan dan anak syarikat Ketengah mendapati mereka menghadapi isu tempatan dan memerlukan tindakan penyelesaian daripada pihak Ketengah.
Katakunci: Transformasi luar bandar, keperluan pembangunan, Pusat Transformasi Luar Bandar, penduduk luar bandar, pembangunan luar bandar.
This study aimed to determine the needs of local residents living in the vicinity of the Pusat Pembangunan Luar Bandaror Rural Transformation Centre (RTC) Terengganu in Bandar Al-Muktafi Billah Shah. This study employs a mix of quantitative and qualitative methods. This study used a questionnaire to collect quantitative and qualitative data. Quantitative data were analyzed using the Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Data were analyzed using qualitative content analysis. This study found the majority of respondents require public transport such as buses and taxis. This study also found among respondents say RTC must provide jobs to locals. In addition, interviews with customers and employees of government agencies in the RTC found that the health services initiative by the Ministry of Health, activity zones and agro-related promotional activities are at low levels and requires the attention it deserves. While discussions target groups such as tenants, employees and local residents, local leaders and subsidiaries Ketengah found them facing local issues and require supports from the Ketengah.
Keywords: Transforming rural, development needs, Rural Transformation Centre, rural residents, rural development
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.