Kualiti perkhidmatan dan kemudahan di Taman Tema I-City, Shah Alam (The quality of services and facilities of theme parks at I-City Theme Parks, Shah Alam)

Jabil Mapjabil, Siti Nurain Marzuki, Badariah Ab Rahman, Rosmiza MZ, Mazdi Marzuki, Harifah Mohd Noor

Abstract


Keunikan dan kelainan konsep taman cahaya yang ditawarkan oleh Taman Tema I-City di Shah Alam menjadikan ia salah satu taman tema yang menjadi tumpuan pengunjung dalam dan luar negara. Dalam konteks Malaysia, penyelidikan terhadap isu berkaitan dengan taman tema adalah masih kurang dan terbatas. Untuk itu, kajian ini meneliti sejauh mana tahap kepuasan pengunjung ketika melawat taman tema tersebut, seterusnya meneliti masalah yang mereka hadapi serta cadangan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dan kemudahan di Taman Tema I-City Shah Alam. Kajian ini melibatkan temu bual menggunakan borang soal selidik, temu bual mendalam, temu bual tidak langsung, pemerhatian dan pengalaman ikut serta. Kajian ini membabitkan 60 orang responden dengan profil responden 57% bujang, 58% berbangsa Melayu, majoritinya bekerja di sektor swasta dan pelajar, berkunjung bersama keluarga, menggunakan kereta persendirian dan tidak menginap di kemudahan penginapan berdekatan. Hasil kajian mendapati responden berpuas hati dengan tahap kebersihan dan keceriaan persekitaran taman tema dengan skor min 3.60 serta kedudukan dan lokasi taman tema tersebut (3.52). Namun begitu, kepuasan responden majoritinya sederhana untuk aspek lain, antaranya sistem pengurusan keseluruhan (3.38), kemudahan tandas (3.37), kemudahan tong sampah (3.37), kemudahan papan tanda (3.25), tahap keselamatan (3.23), gerai makanan dan minuman (3.08) serta kemudahan pendidikan dan pembelajaran (2.93). Antara masalah utama yang dihadapi oleh pengunjung ialah kemudahan asas yang kurang terutamanya surau, tempat letak kenderaan serta kemudahan untuk orang kurang upaya (OKU), warga emas dan kanak-kanak. Selain itu, harga tiket permainan, makanan, minuman dan tempat letak kenderaan yang agak mahal serta masalah kesesakan lalu-lintas. Sehubungan itu, beberapa langkah penambahbaikan perkhidmatan dan kemudahan dicadangkan seperti menyediakan kemudahan asas yang lebih lengkap dan menyeluruh untuk setiap lapisan masyarakat dan umur, pemberian diskaun untuk tiket permainan, mempertingkatkan sistem pengurusan dan pengendalian teknikal serta meningkatkan tahap keselamatan. Untuk itu, pihak pemegang taruh khususnya pihak berkuasa tempatan dan syarikat pengendali taman tema perlu lebih prihatin dan proaktif untuk memastikan kualiti perkhidmatan dan kemudahan taman tema I-City sentiasa berada pada tahap yang terbaik.

 

Kata kunci: I-City, kemudahan, kualiti perkhidmatan, pelancong, tahap kepuasan, taman tema 

 

The concept of I-City Theme Park, Shah Alam offers a unique getaway for excitement and has been the centre of attraction for both local and international tourists since its inception. However, research on the concept of theme park is limited in Malaysia. Therefore, this study examines the extent of tourist satisfaction while visiting theme park, subsequently to address the problems and limitation encountered, and to provide recommendations in improving the quality of services and amenities provided at the I-City Theme Park. The method adopted in this study includes survey questionnaires, in-depth interviews, informal interviews, and observation and ethnography research. The study involves 60 respondents comprising 57% single, 58% Malays, majority from the private sector and students, family visits with cars and non-resident.  Overall findings showed that majority of the respondents are satisfied with cleanliness and ambience of the cheerful environment with a mean score of 3.60; the location of the theme park scored at 3.52. However, average score was recorded for aspects such as the administration system (3.38); toilets (3.37), dustbins (3.37); signage’s (3.25); level of safety (3.23); food stalls and beverages (3.08) and learning and education (2.93). The major problems faced by visitors are mainly on provision of amenities such as prayer rooms, parking areas, and special facilities for handicapped, senior citizens and children.  It is reported that entrance fees, parking fees, food and beverages are overpriced. Apart from that, there is massive traffic congestion at the theme park. Thus, this study offers suggestions to remedy the defects mentioned, especially to improve the existing park facilities, provide better environment for all walks of life, offer discounted price on tickets, improve services quality and security measures. In order to achieve the desired improvement, the stakeholders, relevant local authority and theme park operators should be more proactive and cautious on the quality services and facilities rendered by I-City Theme Park are always in the best condition.

 

Keywords: I-City, facilities, satisfaction level, tourist, services quality, theme park


Full Text:

PDF

References


Arkib Negara. Pembinaan Mimaland (1971), 7 November 2015.

Alias Baba (1999) Statistik Penyelidikan dalam Pendidikan Sains Sosial. Penerbit UKM, Bangi.

Basri Rashid (2013) Elemen destinasi dan kesan terhadap pengalaman percutian. Malaysian Journal of Society and Space 9(4), 118-127.

Butler RW (1980) The concept of a tourist area cycle of evolution: Implication for management of resources. Canadian Geographer 24, 5-12.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (2015) Draf Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035. Shah Alam, Selangor.

Jabatan Perancang Bandar dan Desa (1999) Garis Panduan Perancangan Pembangunan Taman Tema (Theme Park). Unit Penyelarasan Dasar, Perak Darul Ridzuan.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (2012) Garis Panduan Perancangan Taman Tema Semenanjung Malaysia. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Putrajaya.

Gunn CA, Var T (2002) Tourism planning: Basics, concepts, cases. Routledge, New York.

Habibah A, Hamzah J, Mushrifah I (2010) Sustainable livelihood of the community in Tasik

Chini biosphere reserve: The local practices. Journal of Sustainable Development 3(3), 184-

Habibah Ahmad, Hamzah Jusoh, Mushrifah Idris, Amriah Buang, Nur Amirah Kamarus Zaman, Sri

Winarni Samsir, Ahmad Nazrin Aris Anuar (2013). Pemerkasaan asset semula jadi untuk

kelestarian pelancongan di negeri Pahang. Geografia Malaysian Journal of Society and

Space 9(3), 80-95.

Kyriazi G (1976) The Great American Amusement Parks. Citadel Press. Secaucus, New York.

Laman Web Rasmi I-City Shah Alam (2016). [Cited May 2016]. Available from: www.i-city.my.

Laws E (1995) Tourist Destination Management: Issues, analysis and policies. Routledge, London.

Richard B, Kaak K, Orlowski M (2009) Theme park tourism. The International of Travel

Research 29(3), 11.

Rosniza Aznie CR, Ahmad Mustaqim M, Abdul Rahim MN, Rosmiza MZ, Novel Lyndon, Mohd

Azlan (2012) Persepsi pelancong terhadap agensi pelancongan di Langkawi Geopark.

Geografia Journal of Society and Space 8(7), 147-154.

Suseela Malakolunthu (2001) Pengumpulan dan analisis data kualitatif: Satu imbasan. In:

Marohaini Yusoff (eds) Penyelidikan Kualitatif: Pengalaman Kerja Lapangan Kajian. Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Weaver D, Lawton L (2006) Tourism Management. John Wiley, Milton.

Yoeti OA (1988) Pemasaran Pelancongan. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.