Potensi di luar tempurung : Halatuju digitalisasi sejarah di Malaysia

Shakila Yacob, Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus, Rosilawati Zainol

Abstract


Kajian ini bertujuan untuk mendedahkan kepada tenaga pengajar tentang pendigitalan sejarah dan aplikasi disiplin baru ini dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah Malaysia. Kajian ini merujuk kepada perkembangan di negara Barat di mana aplikasi digital dan pendekatan pelbagai disiplin telah digunakan untuk memperkasakan bidang sejarah. Komponen utama dalam pendekatan ini adalah disiplin sejarah dan salah satu disiplin pelengkap adalah bidang geografi. Sistem maklumat geografi dan aplikasi sistem maklumat geografi berasaskan internet atau dikenali sebagai Web-based Geographic Information System (web-based GIS) merupakan antara aplikasi yang disarankan dalam projek digitalisasi sejarah atau pendigitalan sejarah. Hasil kajian  menunjukkan betapa pentingnya tenaga pengajar di Malaysia menggunakan pendekatan sejarah yang inovatif agar dapat memenuhi kehendak generasi Y yang celik komputer dan inginkan pembaharuan yang menarik dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah. Justeru itu, kajian ini mendedahkan tenaga pengajar kepada pendekatan baharu dan ia penting dalam usaha menarik minat pelajar terhadap ilmu sejarah serta menghargai kerelevenan sejarah dalam kehidupan seharian. Pendekatan baharu ini juga dapat memperkasakan ilmu sejarah dengan melibatkan kerjasama kerajaan dan swasta dalam projek digitalisasi yang dibangunkan.

 

Kata kunci: Digitalisasi sejarah atau pendigitalan sejarah, media baharu, sistem maklumat Geografi Geographic Information System (GIS), Malaysia

 

This research aims to familiarise history scholars and teachers about digital history, and its applications in the learning and teaching of the subject.  This study draws upon the developments in the West on the digital applications and multidisciplinary approaches undertaken in the history discipline. While history remains the primary focus, the new digital approach incorporates the study of geography as well. Geographic Information Systems (GIS) or  Web-based Geographic Information System (web-based GIS) are the fundamental applications tools used in digital history projects. This research demonstrates the impact of adopting this innovative approach by history teachers in Malaysia in reinvigorating the teaching and learning of history catered to the needs of Generation Y. This research acquaints history instructors to a new approach that reshapes the teaching and learning of history by making it far more appealing to students and for enabling them to appreciate the pertinence of history in their daily lives. Furthermore, this new approach could bolster the development of the history discipline by providing avenues for collaborations with the government and private sectors in developing digital history projects for Malaysia.   

 

Keywords: digital history, new media, geographic information system (GIS), web-based geographic information system (web-based GIS). Malaysia

 

 


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.