Place-making dalam Agenda Pembangunan Pelancongan (Place-making in Tourism Development Agenda)
Abstract
Pembangunan pelancongan telah mengubah dari satu ruang kepada tempat seterusnya menjadi destinasi pelancongan. Perkembangan industri pelancongan yang rancak ini menyebabkan persaingan yang kompetitif dalam menarik pelancong antarabangsa sekaligus memberi impak yang positif kepada ekonomi sesebuah negara. Konsep place-making pelancongan merupakan pendekatan perancangan dan pembangunan dalam membentuk imej dan sense of place destinasi bagi memberi pengalaman pada pelancong dan persekitarannya. Objektif artikel ini adalah untuk menganalisis tema dalam penulisan ulasan karya lepas berkaitan place-making pelancongan. Seterusnya artikel ini membincangkan implikasi place-making pada pembangunan pelancongan di Malaysia. Sebanyak tujuh puluh artikel telah dianalisis menggunakan kaedah Analisis Tematik dengan menggunakan perisian Atlasti. Hasil kajian menunjukan terdapat empat tema utama dalam kajian place-making pelancongan iaitu destinasi, host-guest, pemasaran dan komuniti. Kajian konsep place-making pelancongan turut menunjukan kebanyakan kajian dilakukan dan ditulis oleh penyelidik sosial negara Barat berbanding di Malaysia. Implikasinya kajian place-making perlu dilakukan bagi meningkatkan kehadiran pelancong berdasarkan destinasi pelancongan yang berkualiti di Malaysia.
Katakunci: Pembangunan; Pelancongan; Place-making; Destinasi; imej ; Sense of place
The development of tourism has changed from space to place and to be a tourist destination. The development of a vibrant tourism industry has led to stiff competition in attracting international tourists as well as have a positive impact on the economy of a country. The concept of tourism is a place-making approach to planning and development in shaping the image and sense of place of destination for the tourists and experience the surroundings. The objective of this article is to analyse the theme in the literature review past work related place-making tour. The next article discusses the implications of place-making on tourism development in Malaysia. A total of seventy articles were analysed using thematic analysis using software Atlasti. The results show that there are four main themes in the study of place-making, namely tourism destinations, host-guest, marketing and community. Place-making concept study tour also shows most of the studies conducted and written by social researchers in Western countries than Malaysia. Place-making implications of the study should be done to increase the presence of tourists based on quality tourism destinations in Malaysia
Keywords: Development; Tourism; Place-making; Destination; Image; Sense of place
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.