Aset Pelancongan Luar Bandar dari Lensa Komuniti Lembah Beriah (Rural Tourism Assets From The Community Perspective Of Lembah Beriah)

Authors

  • Habibah Ahmad Pusat Penyelidikan Kelestarian Sosial, Persekitaran dan Pembangunan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi
  • Asmilah Hani Mohamad Program Sains Pembangunan, Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi
  • Hamzah Jusoh Pusat Penyelidikan Kelestarian Sosial, Persekitaran dan Pembangunan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi
  • Mastura Mahmud Pusat Penyelidikan Kelestarian Sosial, Persekitaran dan Pembangunan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi
  • Hazita Azman Pusat Penyelidikan Kelestarian Sains Bahasa, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Shamsulbaridah Ramli Pusat Pembangunan Keusahwanan dan EKS, Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi
  • Nornghainy Tawil Pusat Pembangunan Keusahwanan dan EKS, Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi
  • Ruhaiza Abu Bakar Pusat Penyelidikan Kelestarian Sosial, Persekitaran dan Pembangunan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi
  • Amirah Muhamad Zin Pusat Penyelidikan Kelestarian Sosial, Persekitaran dan Pembangunan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi

Abstract

Sektor pelancongan telah mengalami pertumbuhan yang berterusan dan menjadi salah satu sektor ekonomi yang paling berkembang pesat di dunia sekaligus menjadi pemacu utama dalam kemajuan sosioekonomi. Aset pelancongan merupakan elemen penting dalam industri pelancongan. Terdapat beberapa elemen aset pelancongan di sesebuah destinasi seperti (1) tarikan (attractions), (2) ketersampaian (accessibility), (3) kemudahan (amenities), (4) pakej pelancongan (available packages), (5) aktiviti pelancongan (activities) dan (6) perkhidmatan sampingan (ancillary services). Lembah Beriah merupakan salah satu kawasan di dalam Daerah Kerian, Perak dan memiliki taburan bentuk muka bumi yang menarik dan boleh dibangunkan untuk menjadi salah satu pusat pelancongan di Malaysia. Kajian ini bertujuan mengenalpasti aset pelancongan yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai produk pelancongan di Lembah Beriah. Berdasarkan kaedah kuantitatif menggunakan borang soal selidik yang diedarkan kepada 300 orang komuniti di Lembah Beriah mendapati bahawa terdapat kepelbagaian aset pelancongan di Lembah Beriah yang menarik dan berpotensi dibangunkan sebagai produk pelancongan, terdiri daripada produk alam semula jadi dan buatan manusia.   Aset pelancongan alam semulajadi meliputi sawah padi dan tasik sementara  aset pelancongan budaya dan warisan merangkumi seni  silat, kraftangan dan gastronomi setempatKatakunci: alam semulajadi,  aset pelancongan, Lembah Beriah, luar bandar, komuniti, pelancongan.   Abstract The tourism sector has experienced continuous growth, thus,making it as one of the fastest growing economies and a  key driver of socioeconomic progress in the world. Tourism asset is an important element in the tourism industry. There are several elements of the tourism attractions in a destination such as (1) attractions, (2) accessibility, (3) amenities, (4) available packages, (5) activities and (6) ancillary services. Beriah Valley is one of the areas in Kerian District, Perak and has an interesting place that can be developed to become one of the tourist centers in Malaysia. This study aims to identify potential tourism assets to be developed as a tourism product in Beriah Valley. Based on a questionnaire survey  distributed to 300 community in Beriah Valley, the results suggested that there are variety of touristic assets comprising both natural and man-made resources that can be developed. Natural resources includes paddy fields and lakes while  man-made includes   martial arts, handicrafts and gastronomy. Keywords: natural resources,  touristic assets, Beriah Valley, tourism,  community, rural

Downloads

Published

2017-02-22