Visualisasi Penjanaan Kendiri (VPK) terhadap konsep kitar karbon dalam kalangan pelajar pra universiti (Self-generated visualization (SGV) of the abstract science concept of carbon cycle: A case study of Malaysia’s pre-university students)

Authors

  • Roszelina Abd.Rahman Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjung Malim, Perak,
  • Maria Salih Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjung Malim, Perak,

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meneroka visualisasi penjanaan kendiri pelajar pra-univerisiti di Malaysia terhadapkonsep abstrak sains ‘kitar karbon’. Ini merupakan kajian kualitatif menggunakan rekabentuk inkuiri naturalistik danempat pelajar telah dipilih sebagai responden secara pensampelan bertujuan. Alat kajian terdiri daripada tugasanvisualisasi bagi konsep kitar karbon dan protokol temu bual. Catatan memo dan jejak penyelidik diguna untuktriangulasi data daripada tugasan dan temubual. Data dianalisis dengan menggunakan teknik perbandingan konstan(constant comparative) untuk mengenal pasti pelbagai corak penjanaan visualisasi kendiri pelajar terhadap konsepabstrak tersebut. Hasil kajian menunjukkan bahawa visualisasi kendiri pelajar terhadap konsep abstrak adalahberdasarkan pengalaman mereka sendiri dan juga melalui pembelajaran dalam kelas. Pemilihan kata kunci untukmenjana visualisasi mereka bertepatan dengan perkataan yang diguna untuk menerangkan konsep abstrak tersebut.Terdapat tiga corak penjanaan visualisasi yang timbul iaitu; penjanaan visualisasi daripada perkataan ke perkataan,daripada gambar ke perkataan dan daripada gambar ke gambar. Gambaran mental yang dijana seterusnyaditerjemahkan kepada bentuk visual membolehkan pelajar memahami dan mengingati konsep abstrak yangdipelajari. Kajian awal ini merupakan sebahagian daripada kajian yang lebih besar untuk membantu mencadangkansatu rangka pengajaran dan pembelajaran konsep abstrak sains melalui visualisasi penjanaan kendiri.Katakunci: visualisasi penjanaan kendiri, kesedaran alam sekitar, konsep abstrak sains, gambaran mental,pengajaran dan pembelajaran, kitar karbonIn future the environmental consciousness of a nation’s human resource cannot be over-emphasised. Thispreliminary study examined Malaysia’s pre-university students’ self-generated visualization of the abstract scienceconcept of carbon cycle. It is part of a larger study to help propose a framework for teaching and learning abstractscience concepts via students’ generated mental visualization. The naturalistic qualitative approach was adoptedusing four students selected via purposive sampling. The instruments used to collect data comprised a visualizationtask of the carbon cycle concept , an interview protocol, memos and researcher’s audit trail. The data obtained wasanalysed using the constant comparative technique to identify the different patterns arising from the students’visualization of the abstract concept. The results showed that the students’ visualization of the abstract scienceconcept was based on their previous experiences and also from the learning in the classroom. The selection of keywords to construct their visuals were similar with the terms used to explain the abstract science concept. Threepatterns of generating visualization seemed to emerge, namely, from words to words, from pictures to words and from pictures to pictures visualization. The mental pictures that were generated and conceptualised to visualsenabled the students to understand and remember the abstract concept better.Keywords: abstract science concept, carbon cycle, environmental consciousness, mental model, teaching andlearning, self-generated visualization

Downloads

Published

2017-09-20

Issue

Section

Articles