Tahap kemahiran generik pelajar Malaysia dalam proses pengajaran dan pembelajaran: Kajian kes pelajar Institut Kemahiran Mara, Johor Baharu (Malaysian students’ level of generic skill in teaching and learning process: A case study of Mara Skills Institute students, Johor Baharu)

Authors

  • Mohd Hasril Amiruddin Jabatan Pendidikan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor,
  • Isma Atiqah Ngadiran Jabatan Pendidikan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor,
  • Fathin Liyana Zainudin Jabatan Pendidikan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor,
  • Norhayati Ngadiman Jabatan Pendidikan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor,

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kemahiran generik pelajar di Institut Kemahiran Mara, JohorBaharu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini berdasarkan lima elemen kemahiran generik iaitukemahiran komunikasi, kemahiran kepimpinan, kemahiran kerja berkumpulan, kemahiran menyelesaikan masalahdan kemahiran etika dan profesional. Responden kajian terdiri dari 300 orang pelajar dalam pelbagai jurusankejuruteraan di IKM, Johor Baharu. Kajian ini dilakukan secara kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidiksebagai instrumen kajian. Data kajian dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan perisian Statistical Packagesfor the Social Science (SPSS) untuk mendapatkan nilai min, sisihan piawai dan peratusan. Analisis inferensmenggunakan ujian-t adalah untuk melihat perbezaan kemahiran generik terhadap jantina pelajar. Dapatan kajianmenunjukkan bahawa tahap kemahiran generik yang dikaji adalah tinggi di mana nilai min keseluruhan bagikemahiran kerja berkumpulan ialah 4.08, kemahiran komunikasi ialah 4.06, kemahiran kepimpinan ialah 4.05,kemahiran menyelesaikan masalah ialah 4.05 dan kemahiran etika dan profesional ialah 4.03. Manakala ujian-tmenunjukkan tidak terdapat perbezaan min yang signifikan bagi kemahiran generik terhadap jantina pelajar. Kajianini penting kepada pihak Institut Kemahiran Mara dalam mengenal pasti tahap amalan kemahiran generik perluditingkatkan lagi dengan mempelbagaikan cara pengajaran dan pembelajaran yang berorientasikan pelajar.Katakunci: kemahiran etika dan professional, kemahiran generik, kemahiran kepimpinan, kemahiran kerjaberkumpulan, kemahiran komunikasi, kemahiran menyelesaikan masalahSkill building is absolutely vital for human capital development in a fast developing country such as Malaysia. Fiveof these crucial generic skills are communication, leadership, teamwork, problem-solving, and professionalism. Thisstudy aims to identify the level of generic skills in the process of teaching and learning acquired by Johor Baharu’sMARA Skills Institute students. Primary data were gathered from questionnaires completed and returned by 300students in various engineering degree in Public Health, Johor Baharu, and analyzed using Statistical Package forthe Social Science (SPSS). The results showed that the levels of generic skills were generally high where the overallmean for teamwork skills was 4.08, communication 4.06, leadership 4.05, problem solving 4.05 and professionalism4.03. However, results of the t-tests showed no significant difference in gender-based employability skills forstudents. The findings contribute to MARA Skills Institutes’ effort in identifying level of generic skills that shouldbe further enhanced by diversifying students - oriented ways of teaching and learning.Keywords: communication skills, generic skills, leadership skills, problem-solving skills, professionalism,teamwork skills

Downloads

Published

2017-09-20

Issue

Section

Articles