Memelihara keselamatan Negara Malaysia: Peristiwa Lahad Datu, Sabah (Safeguarding Malaysia’s national security: The Sabah’s Lahad Datu incident )

Zarina Othman, Mohd Kamal Omar, Firdaus Abdul Jabar, Nor Azizan Idris

Abstract


Pilihan raya adalah salah satu kriteria bagi negara demokrasi. Malaysia adalah sebuah negara demokrasi semenjak  mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Seperti kebanyakan negara baharu yang sedang membangun, perjalanan Malaysia menuju demokrasi penuh dengan cabaran memelihara keselamatan negara. Pasca pilhanraya ketiga, 1969, menyaksikan peristiwa berdarah 13 Mei, sementara pra pilihanraya ke-13 pula telah mengejutkan negara apabila sekumpulan angkatan bersenjata menceroboh Lahad Datu, Sabah, pada 9 Februari 2013. Lebih kurang sembilan orang dari pihak berkuasa dan enam rakyat awam yang terkorban dalam kejadian berdarah tersebut. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisa bagaimanakah peristiwa Lahad Datu memberi impak terhadap keselamatan negara Malaysia. Kajian ini menghujahkan lokasi geostrategik dan geofizikal Sabah, ketidakcukupan anggota keselamatan dan juga ancaman dari Jamalul Kiram III Sultan Sulu berketurunan Suluk yang tidak diiktiraf, adalah antara faktor peristiwa Lahad Datu. Ekoran dari kejadian tersebut, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) telah diwjudkan untuk memelihara keselamatan sempadan Malaysia Timur. Begitu juga isu domestik seperti pendatang asing, ancaman maritim dan tuntutan bertindih, masih menjadi isu. Peristiwa dan isu ini menunjukkan kajian ke atas Sabah semakin penting dan memerlukan perhatian kerana kepelbagaian isu domestik yang belum selesai.

Katakunci: ESSCOM, Jamalul Kiram III, keselamatan negara, Peristiwa Lahad Datu, Sabah, Suluk

National election is one of the criteria for a democratic country and Malaysia has adopted democracy since her political independence in 1957. Like many newly developing countries, Malaysia’s road to democracy was filled with national security challenges as witnessed the bloody post-election May 13, 1969 riot and the pre 13th National Election invasion of Lahad Datu, Sabah by a group of armed gun men on 9th February 2013 wherein nine members of Malaysian authorities and six civilians died. This study analysed in what way the Lahad Datu incident impacted Malaysia’s national security. It was argued that Sabah’s geostrategic and geophysical locations, insufficient defence forces, self-proclaimed Sultan Sulu, Jamalul Kiram III a Suluk  ethnicity, were among the contributing factors to the Lahad Datu incident. Consequently, Malaysia had established Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) to protect the country’s eastern frontier. Similarly, Sabah’s unsettled domestic issues such as illegal immigrants, maritime threats and overlapping territorial claims continued to indicate that Sabah was becoming an important state that needed to be given a much greater attention.

Keywords: ESSCOM, Jamalul Kiram III, Lahad Datu incident, national security, Sabah, Sulu

 


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.