Menangani wabak Denggi di Malaysia : Satu tinjauan kaedah rawatan dan pencegahan

A. C Er, Wayandiana Abdullah

Abstract


Denggi merupakan virus bawaan nyamuk Aedes. Virus DENV menyebabkan pelbagai penyakit pada manusia, dari Demam Denggi (DF) kepada sindrom mengancam nyawa yang dipanggil Demam Denggi Berdarah (DHF). Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis mengenai punca berlakunya jangkitan denggi serta virus yang terlibat dan melihat kepada tahap jangkitan denggi serta penglibatan antarabangsa mengenai jangkitan denggi serta mengenal pasti kaedah dan rawatan alternatif kepada jangkitan denggi.Kajian menggunakan kaedah kajian perpustakaan dalam pengumpulan data melalui analisis kandungan, dokumen berkaitan strategi untuk menyelesaikan masalah demam denggi ini akan mendapatkan maklumat berbentuk data sekunder. Hasil kajian mendapati bahawa Denggi disebabkan oleh virus, tiada ubat atau antibiotik untuk merawat; satu-satunya rawatan adalah untuk merawat gejala. Bagi Denggi biasa, rawatan adalah sekadar melegakan simptom (gejala). Rehat dan pengambilan cecair untuk penghidratan yang mencukupi adalah penting.

Katakunci: kawalan wabak denggi, pencegahan wabak denggi, rawatan jangkitan denggi, penghidratan, wabak denggi, virus DENV

Dengue is a mosquito-borne virus; the DENV virus causes various diseases in humans ranging from the Dengue Fever (DF) to the life-threatening syndrome of Dengue Hemorrhagic Fever (DHF). This study analyzed the causes of dengue infection and the virus involved, the level of the dengue infection, and the international engagement on dengue infection, and identified alternative treatment methods of dengue. Secondary data were gathered from previous research. The findings revealed that dengue wascaused by a virus for which there was no medicine or antibiotic to treat. For ordinary dengue, the treatment was simply about relieving the symptoms. Rest and fluid intake for adequate rehydration was vitally important.

Keywords: dengue outbreak control, dengue outbreak prevention, dengue treatment, dengue outbreak, rehydration, virus DENV

 


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.