Kepentingan budaya integriti dan etika kerja dalam organisasi di Malaysia: Suatu tinjauan umum

Megat Ayop Megat Arifin, Abd. Halim Ahmad

Abstract


Kakitangan, staf atau penjawat awam yang berkualiti tinggi merupakan aset penting terhadap kejayaan sesebuah organisasi dan negara. Sifat amanah, telus, bertanggungjawab dan berkhidmat demi kepentingan awam merupakan intipati kepada istilah integriti dan etika. Dengan kata lain integriti dan etika dalam pekerjaan dan organisasi bukan sekadar penglibatan diri individu untuk menyediakan keperluan dirinya sahaja sebaliknya melibatkan tindakan baik yang dilakukan dalam kerja dan semua ini mempunyai kaitan erat dengan ajaran agama dan tanggungjawab sebagai manusia. Hakisan nilai integriti dalam kalangan penjawat awam akan mengakibatkan kepincangan pentadbiran dan salah laku dalam organisasi. Justeru, pengamalan dan pemahaman terhadap integriti dan etika amat perlu dilaksanakan. Kerajaan telahpun memberi perhatian serius terhadap masalah integriti dan etika dalam kalangan kakitangan awam dengan melancarkan Pelan Integrasi Nasional untuk membangunkan negara secara seimbang. Menyedari kepentingan integriti sebagai teras pembangunan kakitangan berkualiti, kajian ini membincangkan definisi, kerangka konseptual integriti dan etika kerja dalam memantapkan penggunaannya terhadap individu dan organisasi. Data primer diperolehi dari kajian di lapangan menerusi temubual berstruktur dan edaran borang soal selidik kepada 760 anggota serta pegawai PDRM yang sedang berkhidmat di Negeri Perak. Dapatan kajian menunjukkan majoriti responden memperakui bahawa integriti dan etika kerja amat penting diamalkan oleh semua pekerja dan penjawat awam dalam sesebuah organisasi demi meningkatkan mutu perkhidmatan yang unggul dan berkesan.

Katakunci: integriti, etika, organisasi, penjawat awam, nilai moral, salah laku

It should go without saying that integrity and ethics in the work place are two indispensable qualities in the public service of any nation. Erosion of the two values among civil servants will lead to mismanagement and misconduct within the organization. To underscore this important fact the Malaysian government has launched the National Integrated Plan by 2014. This study overviewed the progress of this Malaysian effort with special reference to the Malaysian Royal Police organization (PDRM). Primary data were gathered from questionnaire-based field survey of 760 of the PDRM staff and police personnel in the state of Perak. The findings revealed that the majority of respondents testified to and re-affirmed the imperative of integrity and work ethic being consistently practiced by all Malaysian public sector employees and civil servants.

Keywords: civil servants, ethics, integrity, misconduct, moral value, organizational work ethic


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.