Belia dan pembudayaan semangat sukarelawan di Malaysia: Suatu pemerhatian konseptual

Tuan Pah Rokiah Syed Hussain, Lilah Yasin

Abstract


Semangat dan aktiviti kesukarelawanan merupakan satu tuntutan dalam kerangka perpaduan nasional bagi sesebuah negara dalam mendepani cabaran mendatang yang semakin mencabar. Matlamat penulisan ini adalah untuk membincangkan secara terperinci secara konseptual mengenai elemen utama yang mendokong penghayatan belia terhadap semangat sukarelawan. Ini kerana semangat kesukarelawanan perlu didorong oleh nilai-nilai budaya, ideologi, prinsip dan tradisi sesuatu bangsa. Sekiranya semangat sukarelawan ini dapat direalisasikan sebagai amalan atau budaya pastinya memberi impak besar dalam kehidupan bermasyarakat. Malah, semangat kesukarelawanan juga memberi implikasi penting terhadap pembinaan negara bangsa yang kuat, maju dan berdaya saing. Tetapi sebaliknya, wujud kebimbangan sekiranya program atau aktiviti kesukarelawanan yang dilaksanakan gagal dihayati sepenuhnya oleh golongan belia yang menjadi pencorak kepada sesebuah tamadun negara pada masa hadapan. Sebaliknya menjadikan program berkaitan hanya sebagai saluran berseronok atau mengurangkan kebosanan semata-mata dan untuk mengisi masa lapang mereka tanpa mendapat apa-apa manfaat. Ini kerana semangat kesukarelawan yang wujud dalam diri seseorang individu adalah sesuatu yang tidak boleh dipaksa dan menuntut pergorbanan yang tinggi daripada segi masa, tenaga dan kewangan. Oleh itu, belia yang bersedia melakukan program berkaitan sukarelawan secara baik adalah dalam kalangan belia yang benar-benar dapat menghayati semangat sukarelawan itu sendiri.

Katakunci: belia, pembudayaan, pembinaan bangsa, perpaduan nasional, program sukarelawan, semangat sukarelawan

The spirit and activities of volunteerism are indispensable building blocks of a country’s national unity . This study took a closer look at the need for the enculturation of proper volunteerism values in Malaysia. It was observed that for both youths and the country to fully benefit each other from volunteerism the inculcation of the spirit of volunteerism as a national culture must be fostered. This is to circumvent the concerns that voluntary activities in the country were not driven by the genuine appreciation of the high civilizational value of volunteerism requiring sacrifices in terms of time, energy and finance but rather by the youth treatment of them as mere conduits for fun seeking, boredom killing and spare time filling . Both Malaysia and its youths would be made the better if the true spirit of volunteerism is enculturated.

Keywords: enculturation, national unity, nation building, spirit of volunteerism, voluntary programmes, youth


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.