Pembinaan bangsa Malaysia (2): Kajian empirikal tahap bangga negara belia

Tuan Pah Rokiah Syed Hussain, Shamsul Anuar Nasarah

Abstract


Patriotisme yang rendah dalam kalangan belia dewasa ini sering dikaitkan dengan masalah hilang rasa bangga menjadi warganegara Malaysia. Objektif kajian ini adalah menentukan tahap patriotisme belia di Malaysia berdasarkan ukuran kebanggaan mereka dikenali sebagai bangsa Malaysia, kebanggaan sebagai rakyat Malaysia dan kebanggaan memiliki kad pengenalan warganegara Malaysia. Kajian di seluruh Malaysia ini adalah melibatkan enam zon dengan 1500 sampel dalam kalangan belia berumur antara 15 hingga 30. Analisis crosstabulation dilakukan ke atas data daripada borang kaji selidik yang diambil dalam kalangan responden secara convenience (mudah). Hasil kajian menunjukkan kesemua zon, negeri, agama, keturunan dan peringkat umur adalah dalam keadaan baik atau melebihi daripada 90 peratus bangga sebagai rakyat Malaysia, bangga memiliki kad pengenalan Malaysia serta mahu dikenali sebagai Bangsa Malaysia. Kajian ini mencadangkan agar program berkaitan patriotisme sedia ada perlu diteruskan.

Katakunci: bangga negara, belia, kad pengenalan, nasionalisme, patriotisme, warga Malaysia

Low patriotism among a country’s youth population may be associated with some sense of loss of pride in being citizens of the country. This study examined the state of national pride of Malaysian youth based on the degree of their pride in owning a Malaysian identity card. Primary data were gathered from a field survey of 1500 randomly sampled Malaysian youth aged between 15 and 30 distributed over all of the fourteen states. Results of the statistical analysis showed that over 90 per cent of youths from all zones, states, religions, ethnic groups and ages were proud of having a Malaysian identity card and wanted to be known as a Malaysian nationality. This augured well for the continuation of existing patriotism programmes.

Keywords: identity card, Malaysian nationality, nationalism, national pride, patriotism, youth


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.