Modal budaya dan kesannya ke atas kebergantungan kerja komuniti nelayan di Malaysia: Kajian kes nelayan Kuala Terengganu (Cultural capital and its dependency impact on fishermen’s work in Malaysia: A case study of Kuala Terengganu’s fishing community)

Authors

  • W. A. Amir Zal School of Social and Economic Development, Universiti Malaysia Terengganu

Abstract

Tidak banyak elemen modal budaya dibincangkan dan diselidiki dalam memerhati realiti nelayan. Sedangkan modalbudaya yang merangkumi elemen nilai, norma dan sikap merupakan perkara penting untuk diselidiki bagimemahami tindak balas mereka pada keadaan tertentu. Sedar dengan kelemahan tersebut, makalah ini menerokaelemen modal budaya dalam kalangan nelayan yang merangkumi aspek penggunaan masa lapang, nilai, budayakerja dan kebergantungan pada aktiviti nelayan. Bagi meneroka perkara tersebut, kajian telah dilaksanakan ke atas100 nelayan di Kuala Terengganu Utara dengan menggunakan borang soal selidik. Hasil kajian menunjukkan tidakbanyak elemen pembinaan kapasiti yang diperhatikan melalui penggunaan masa lapang. Responden mempunyaiempat jenis nilai, iaitu nilai hedonisme, fitrah, pragmatik dan autoritarian. Berkaitan dengan kebergantungan padakerja nelayan pula, lima kategori pergantungan dapat diperhatikan, iaitu pendapatan, sosial, identiti, penghargaandan modal insan. Hasil kajian ini juga menunjukkan budaya kerja nelayan adalah positif, dari sudut kesungguhanatau komitmen. Budaya kerja nelayan lebih dipengaruhi oleh nilai autoritarian, manakala kebergantungan didorongoleh nilai pragmatik. Kajian ini membuktikan elemen modal budaya adalah penting dalam kelangsungan hidupnelayan. Namun, untuk kelangsungan jangka panjang dan persediaan untuk bersaing, mereka perlu dibiasakandengan aktiviti pembinaan kapasiti.Katakunci: budaya kerja, kebergantungan, komuniti nelayan, modal budaya, nilai kerja, penggunaan masa lapangCultural capital which includes values, norms and attitudes is crucial in understanding a fishing community’sparticular responses to positions and situations pertaining to their work. Given that many elements of the Malaysianfishing community’s cultural capital are relatively neglected this study examined the cultural capital factors thatinfluenced the work of a Kuala Terengganu’s fishing community, namely, the use of leisure time, fishermen’scultural values, and the impact of those values on their work activities. Primary data were gathered from aquestionnaire-based field study of 100 fishermen in northern Kuala Terengganu. The results showed four types ofvalues influencing the fishermen’s use of leisure time, namely, hedonism, fitrah (naturalism), pragmatism andauthoritarianism. With regard to the impact of these factors on the work ethic of the fishermen five categories ofdependency areas were observed, namely, income, social stature, identity, appreciation and human capital. Overall,the fishermen demonstrated a positive work culture driven by a sense of commitment, a sense of authority andpragmatism. Their capacity building actions were geared to long term survival, preparedness and competiveness.Keywords: cultural capital, fishing community, leisure time utility, value dependency, work culture, work value

Downloads

Published

2017-09-20

Issue

Section

Articles