Perubahan konsentrasi ruangan penduduk Semenanjung Malaysia 1980-2000 (Change in the spatial concentration of population in Peninsular Malaysia 1980 - 2000)
Abstract
Artikel ini menghuraikan kajian mengenai konsentrasi ruangan taburan penduduk Semenanjung Malaysia dari tahun 1980 hingga 2000. Konsentrasi ruangan diukur dengan menggunakan indeks konsentrasi penduduk Hoover. Kajian mendapati secara keseluruhan taburan penduduk di Semenanjung Malaysia agak sekata, tidak terlalu tertumpu dan tidak terlalu berselerak Bagaimanapun taburan penduduk agak sedikit bertumpu pada tahun 2000 berbanding tahun 1980 dan 1991. Di peringkat wilayah, wilayah selatan merupakan wilayah yang mempunyai taburan penduduk yang paling berselerak berbanding wilayah lain. Bagaimanapun, terdapat tren taburan penduduk semakin tertumpu menjelang 2000. Wilayah Tengah merupakan wilayah yang mempunyai taburan penduduk yang paling bertumpu dan menunjukkan tren penumpuan yang berterusan sehingga tahun 2000. Sebaliknya wilayah timur adalah satu-satunya wilayah yang menunjukkan tren taburan penduduk yang semakin berselerak menjelang tahun 2000. Di peringkat negeri didapati negeri Kelantan merupakan negeri yang mempunyai taburan penduduk yang paling tertumpu manakala Pulau Pinang pula negeri yang paling berselerak Dengan variasi ini matlamat untuk menyeimbangkan pembangunan dan penduduk di peringkat wilayah dan negeri masih belum begitu tercapai dan perlu diteruskan.
Katakunci: indeks konsentrasi penduduk Hoover, konsentrasi ruangan, pembangunan tak seimbang, taburan penduduk berselerak, tren taburan penduduk, variasi taburan penduduk
This article describes changes in the spatial distribution of Peninsular Malaysia’s population for the period 1980 to 2000. Spatial concentration is measured by using Hoover’s Population Concentration Index. The analysis highlights the findings that overall, the population distribution was rather even for the Peninsula–neither too concentrated nor too dispersed. Nevertheless, the distribution was a little more concentrated in 2000 as compared to 1980 and 1991. In regional terms, the Southern Region proved to have the most dispersed population distribution although the trend seemed to be towards greater concentration by the year 2000. The region with the most consistently concentrated population distribution during the period observed was the Central Region. Conversely, the Eastern Region’s population distribution continued to be dispersed through out the period. State-wise, Kelantan had the most concentrated pattern while Penang the most widespread. The paper concludes that given these variations, the national policy goal of bridging the gap between population and development has still a long way to go and therefore must be continually pursued.
Keywords: dispersed population distribution, Hoover’s Population Concentration Index, imbalanced development, population distribution trends, spatial concentration, variations in population distribution
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.