Menangani ruang budaya: Peranan pengurus sebagai penyebar maklumat bagi Istana Budaya, Kuala Lumpur (Managing the cultural space: The role of managers in disseminating information for the Istana Budaya, Kuala Lumpur)

Ab. Samad Kechot

Abstract


Maklumat dan cara penyalurannya penting dalam mempengaruhi perestasi sesebuah organisasi. Pengurus perlu memainkan peranan selaku penyebar maklumat yang berkesan bagi memastikan kelangsungan perkembangan organisasi dan keharmonian hubungan sesama pekerja. Artikel ini bertujuan mengkaji pandangan ahli organisasi, iaitu subordinat dalam organisasi Istana Budaya (IB), Kuala Lumpur, terhadap pengurus dalam menjalankan peranan selaku penyebar maklumat. Kajian ini dilakukan menggunakan kaedah kajian perpustakaan dan kaji selidik. Borang kaji selidik ditadbirkan ke atas semua 288 orang pekerja sokongan IB. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif menerusi pakej Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Dapatan kajian ini menunjukkan majoriti responden mengakui bahawa para pengarah, iaitu pengurus yang berperanan sebagai pemimpin menjalankan peranan sebagai penyebar maklumat sepanjang menjalankan tugas mereka di IB. Dapatan ini juga menunjukkan bahawa kedua-dua pihak subordinat dan superior menyedari kepentingan menyebarkan maklumat melalui saluran yang betul dan secara yang bijaksana bagi memastikan agar komunikasi dalam organisasi berterusan serta lancar.

Katakunci: komunikasi dan bijaksana, organisasi, pengurus, penyebar maklumat, subordinat, superior


Information and how managers disseminate it is very important because they can affect the performance of an organization. Managers should play an effective role as a disseminator of information to ascertain the survival and progress of the organization as well as maintaining the harmonious relationships among their staffs. This article examines the views of the staff members of a cultural organization, the Istana Budaya (IB), Kuala Lumpur, of their manager, in carrying out the role as a disseminator of information of the organization. Data were gathered from a questionnaire survey of 288 supporting staff members of the IB and analyzed with the Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). The result shows that the majority of respondents acknowledged that their superiors had effectively undertaken the task of disseminating organizational information during their administration at IB. The study also indicates that both parties -the subodinates and their superiors- did recognize the importance of wisely disseminating information through proper channels to ensure smooth communication flows within the organization.

Keywords: communication and wisdom, cultural organization, information dissemination, manager, subordinate, superior


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.