Permasalahan industri pelancongan di Kundasang, Sabah : Penjelasan kestrukturan Marxist (The problem s of the tourist industry in Kundasang, Sabah: The structuralist Marxist explanation)

Ramzah Dambul Dambul, Amriah Buang

Abstract


Kertas ini secara asasnya cuba mengupas permasalahan pelancongan di Kundasang (Sabah) berdasarkan pendekatan epistemologi kestrukturan Marxist. Tujuannya ialah untuk memaparkan beberapa aspek struktural kepincangan industri pelancongan di kawasan berkenaan; dan menjelaskan kepincangan ini dari perpektif kestrukturan Marxist. Secara khusus pendekatan Marxist ini meneliti dua persoalan utama yang tidak dapat dijelaskan dengan baik dan tuntas oleh perspektif positivism iaitu : (i) Mengapakah aliran modal asing yang masuk ke kawasan Kundasang gagal memberi kesan pengganda dan limpahan ekonomi di peringkat lokal ?; dan (ii) mengapakah kedatangan para pekerja migran yang agak besar jumlahnya tidak memberi sumbangan kepada pertumbuhan fungsi runcit dan perkhidmatan urbanisasi di Kundasang ? Kertas ini menyimpulkan bahawa kedua-dua masalah ini adalah berpunca daripada kontradiksi dalaman struktur dan proses perjalanan mod kapitalisme itu sendiri yang fitrahnya ialah menyebelahi matlamat dan kepentingan memastikan akumulasi keuntungan maksimum bagi pemodal dan kerana itu memerlukan ketaksamaan peluang dan pengekalannya untuk terus mencapai matlamat dan kepentingan pihak pemodal tersebut. Inilah mekanisme ‘ekspolitasi’ yang wujud meskipun tidak ketara secara empirikal dan kerana itu tidak dapat dicakupi oleh perndekatan positivism.

Katakunci: epistemology, mod akumulasi kapitalis, kesan limpahan, penerangan kestrukturan Marxist, pelaburan industri pelancongan Kundasang

This paper is an exercise in a structuralist Marxist explanation of the two main problems underlining the relative failure of the Kundasang tourist industry in functioning as a catalyst for the development of the local area and to which the positivit perspective has not been able to offer a satisfactory explanation, namely: (a) why did the investment that flowed into Kundasang fail to generate the economic multiplier and spread effects at the local level ?; and (b) why did the significant presence of migrant foreign workers not contribute to the growth of the retail and urban services segments in Kundasang ? The paper concludes that the two key problems were caused by the very nature of the capitalist mode of accumulation which thrived on unequal and opportunistic relations in order to extract the maximum returns for the capitalists involved in the Kundasang tourist industry. This is the real albeit non-empirical mechanism of ‘exploitation’ which the positivist epistemology has missed to acknowledge.

Keywords: capitalist mode of accumulation, epistemology, investment, Kundasang tourist industry, spread effects, structuralist Marxist explanation


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.