Keefisienan perkhidmatan pihak berkuasa tempatan di Wilayah Bandaraya Kuala Lumpur: Perspektif komuniti (The efficiency of local authorities in providing se rvices in the Kuala Lumpur city : A community perspective)

Hamzah Jusoh, Habibah Ahmad

Abstract


Matlamat menawarkan perkhidmatan yang efisien menjadi salah satu matlamat utama dalam proses wilayah bandaraya Kuala Lumpur menjadi bandaraya dunia menjelang 2020. Ini bemakna semua kawasan yang ditadbir oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) seharusnya mampu menawarkan kehidupan yang sejahtera dan kondusif. Walau bagaimanapun, oleh kerana wilayah bandaraya Kuala Lumpur melibatkan pihak berkuasa tempatan yang berlainan status, antaranya majlis bandaraya atau majlis perbandaran ataupun majlis daerah, langkah untuk menghasilkan suatu sistem perkhidmatan yang menepati semua kelompok penghuni bandaraya adalah sangat mencabar. Sehubungan itu juga timbul tanda tanya apakah perkhidmatan yang disediakan oleh pihak berkuasa tempatan di wilayah ini mencapai satu piawai keefisienan yang memenuhi kehendak penduduknya. Perkhidmatan manakah yang bertindak efisien dan sebaliknya? Adakah perkhidmatan order tinggi semata-mata ataupun perkhidmatan asas sahaja? Kertas ini membentangkan dapatan dari temuselidik yang dijalankan terhadap 698 responden di 13 buah PBT Kuala Lumpur dan Selangor mengenai perspektif komuniti awam terhadap tahap keefisienan perkhidmatan di wilayah bandaraya Kuala Lumpur. Analisis hasil kajian menunjukkan bahawa komuniti awam menganggap keefisienan perkhidmatan bandaraya haruslah didahului oleh komponen ekonomi, kemudahan masyarakat dan sosial, infrastruktur dan utiliti, rekabentuk, imej dan lanskap, pengangkutan dan perhubungan, perumahan, perdagangan dan perkhidmatan. Ini diikuti pula oleh keefisienan perkhidmatan perkilangan dan perindustrian, pelancongan dan kebudayaan, governans, alam sekitar dan perkhidmatan online. Kertas ini merumuskan bahawa perspektif komuniti awam sebegini adalah amat penting dalam membantu pihak berkuasa tempatan mempertingkat tahap keefisienan governans bandaraya.

Katakunci: governans bandaraya, hirarki perkhidmatan, keefisienan perkhidmatan, keefisienan wilayah bandaraya, perspektif komuniti, pihak berkuasa tempatan

The goal of providing efficient services does figure prominently in the Kuala Lumpur city’s quest to emerge as a world city by 2020. This implies that all areas governed by local authorities (LA) should be capable of providing a conducive environment for the wellbeing of the local public. However, because the territory of the Kuala Lumpur city involves LAs of different statures and status ( municipality, city council, district council) the effort to formulate a system of urban services that could satisfy the needs of various segments of the city population proves to be a very challenging one. Questions arise as to whether services provided by the city’s LAs truly meet the efficiency standards conceived by the local public; which services are more efficient than the others?; should only higher order or basic services be provided? This paper analyses findings from a field study which administered questionnaires on 698 members of the local communities in the 13 LAs of the Kuala Lumpur city area. The analysis indicates that the local public’s conception of a city’s efficiency in providing services consists of a rank order starting from the conomic component, social amenities, infrastructures and utilities, designs, image and landscapes, transportation and communication, housing, and commerce. This is then followed by the efficiency of manufacturing and industrial services, tourism and cultural services, governance, environmental and on-line services. The paper concludes that the consideration of such community perspective is of utmost importance in enhancing the efficiency level of a city governance itself.

Keywords: city governance, city efficiency, community perspective, local authorities, service efficiency, service hierarchy

 

 


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.