Mengapa kami jadi begini? Konflik masyarakat Orang Seletar dan Pembangunan Iskandar, Johor Bahru, Malaysia (Conflict s in the Iskandar development region: The case of Johor Bahru ’ s Orang Seletar , Malaysia)

Hasan Mat Nor, Abd. Rahim Mohd Nor, Katiman Rostam, Aishah@Eshah Mohamed, Zaini Sakawi

Abstract


Kertas ini membicarakan impak pembangunan wilayah Iskandar kepada masyarakat asli Orang Seletar di lapan buah perkampungan yang terletak dalam Daerah Johor Bahru. Umumnya tinjauan yang dilakukan kesemua perkampungan tersebut mendapati komuniti Orang Seletar ini tidak menunjukkan keupayaan mereka untuk bergerak bersama dan terserap ke dalam perubahan dan pembangunan yang kian pesat berkembang di Johor Bahru. Mereka masih hidup dalam kemiskinan dan meneruskan kegiatan tradisi menangkap ikan secara kecil-kecilan dikawasan perairan sekitar Selat Teberau. Antara faktor yang menyebabkan mereka berhadapan dengan kemelesetan kehidupan ialah kerana pembangunan Iskandar yang direncanakan itu bukan bertujuan untuk membela komuniti pinggiran seperti mereka, tetapi adalah untuk menjana ekonomi Johor dengan menjadikannya sebuah pusat perdagangan yang bertaraf dunia. Pembangunan tersebut hanya akan dapat dimanfaatkan oleh mereka yang punya kemahiran, pengetahuan dan kewangan yang selaras dengan tuntutan global. Pembangunan tersebut bukan sahaja telah meminggirkan Orang Seletar lebih jauhdaripada masyarakat arus perdana kerana kekurangan yang mereka miliki, tetapi juga telah merosakkan sumber pendapatan mereka akibat pencemaran dan sekatan yang dikenakan kepada mereka. Kesimpulannya, adalah wajar perkampungan mereka dipindahkan ke kawasan yang boleh dimajukan untuk pertanian. Selagi mereka tinggal dikawasan yang terdapat sekarang, dan terus bergantung kepada kegiatan menangkap ikan secara tradisi seperti yang mereka amalkan dan pencemaran akibat pembangunan yang sedang pesat berlaku disekitar tempat kediaman mereka, selagi itulah mereka akan terus terperangkap dalam kemiskinan.

Katakunci: disenfranchisement, kawasan pembangunan, masyarakat orang asli, Orang Seletar, peminggiran sosial, pihak berkepentingan arus perdana

This paper makes a preliminary assessment of the impact of the development of the Iskandar region on the aboriginal community of Orang Seletar in eight villages located in the district of Johor Bahru. In general, the field findings showed that there were little indications that this community was in on its way to modernisation and advancement. Instead, they were found to be marginalised and even disenfranchised from the development mainstream that was gathering momentum in the Iskandar region. They were still very much eking out a living with their traditional mode of subsistence fishing around the waters of the Teberau Strait. One overriding factor that contributed to the perpetuation of this life of abject poverty was the plain fact that the Iskandar development project was neither geared nor designed to develop community on the margins like the Orang Seletar. Rather, it was meant to serve the interests of the mainstream region and stakeholders under the pretext of making Johor a world class economy. For the Orang Seletar, this not only spelled social marginalisation given their lacking in all respects of the participation requisites but also economic disaster as pollution and new restrictions now threatened their very source of income. The paper concludes that to circumvent disenfranchisement, the Seletar people need to be moved out of traditional fishing altogether and resettled in sedentary agricultural schemes. For as long as they were dependent on traditional fishing activities Iskandar development would only worsen both their physical and economic living conditions.

Keywords: aboriginal communities, development region, disenfranchisement, mainstream stakeholders, Orang Seletar, social marginalisation


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.