Hidup membujang atau berpasangan: Satu kajian dilema bagi wanita HIV/AIDS di pantai timur Semenanjung Malaysia (To marry or not to marry: A study of the dilemmas of HIV/AIDS Malay women in Peninsular Malaysia’s east coast states)
Abstract
Satu ketika dahulu HIV/AIDS dikaitkan dengan golongan lelaki, namun kini wanita juga tidak terlepas. Malahan peratusan jangkitan dalam kalangan wanita menunjukkan peningkatan yang begitu ketara setiap tahun dan ada kala melebihi peratusan dalam kalangan lelaki. Wanita yang dijangkiti HIV/AIDS ini ada yang sudah diceraikan dan ada yang sudah kematian suami akibat HIV/AIDS. Dalam kalangan penghidap wanita ini, ada yang memilih hidup membujang (bersendirian) kerana beranggapan jarang ada lelaki yang boleh menerima penghidap HIV/AIDS sebagai pasangan hidup. Ada juga penghidap wanita memilih untuk hidup berpasangan (berkahwin semula) kerana memerlukan sokongan untuk meneruskan kehidupan. Kajian ini meneliti dilema yang dihadapi oleh wanita Melayu yang dijangkiti HIV/AIDS sama ada untuk terus hidup membujang atau berpasangan. Selain data sekunder, kajian ini menggunakan data primer yang diperolehi melalui temu bual secara mendalam dengan 20 orang informan wanita HIV/AIDS di sekitar Besut (Terengganu), Pasir Puteh, Bachok dan Kota Bharu (Kelantan). Kajian mendapati, seramai 60 peratus penghidap wanita memilih hidup bersendirian selepas diceraikan atau kematian suami untuk memberi fokus kepada diri sendiri, menyara keluarga dan anak-anak. Seramai 40 peratus responden lagi memilih untuk mempunyai pasangan hidup serta berkahwin semula. Pokoknya, bersendirian atau berkahwin semula mempunyai kesan yang mendalam ke atas diri penghidap wanita, terutamanya dari segi sokongan sosial, sumber ekonomi, perlindungan dan juga berkaitan dengan stigma dan diskriminasi.
Katakunci: membujang, pasangan hidup, perkahwinan, sokongan sosial, stigma, wanita HIV/AIDS
Once, HIV/AIDS is associated with men, but now women have not been spared. In fact, the percentage of infection among women has increased significantly every year and at times exceeding that of men’s. Some of the women infected with HIV/AIDS have been divorced, some are already widowed by HIV / AIDS, and some are facing the dilemma of whether to marry or not to marry. This study took a closer look at this dilemma faced by Malay women infected with HIV/AIDS. Primary data were obtained from in-depth interviews of 20 HIV/AIDS women around Besut (Terengganu), Pasir Puteh, Bachok and Kota Bharu (Kelantan). The study found that 60 per cent of the women chose to live alone after a divorce or death of a husband to focus on themselves and family members. Another 40 per cent of the women chose to have spouses and remarry. The fact was, being single or remarried had a profound impact on the individual women themselves, whether in terms of social support, economic resources, protection, or stigmatisation and discrimination.
Keywords: single, dilemma, HIV/AIDS women, marriage, social support, stigmatisation
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.