Urus tadbir sebuah bandaraya Islam Malaysia : Kajian kes di Kota Bharu, Kelantan (The governance o f a Malaysian Islam ic c ity : A case study of Kota Bharu, Kelantan)

Suhana Saad, Marsitah Mohd Radzi

Abstract


Konsep urustadbir di Malaysia adalah agak unik kerana berasaskan kepada sistem sosio-politik negara dan negeri. Berdasarkan amalan ini Menteri Besar Kelantan, Dato’ Nik Aziz Nik Mat telah mencadangkan agar Kota Bharu menjadi sebuah Bandaraya Islam dengan slogan “membangun bersama Islam” yang bermaksud Islam hendaklah dijadikan cara hidup dalam segala urusan. Kertas ini meneliti konsep perbandaran Islam dan aplikasinya dalam konteks urus tadbir bandar oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI). Falsafah pembangunan MPKB-BRI adalah berasaskan prinsip 5K iaitu keilmuan, kepatuhan, kebajikan, kebersihan dan kesejahteraan. Falsafah ini diterapkan dalam perancangan pembangunan yang meliputi pembangunan pengurusan, pembangunan insan, pembangunan ekonomi dan pembangunan fizikal yang memenuhi konsep asas sebuah bandar Islam. Rancangan pembangunan dibahagikan kepada dua fasa. Fasa pertama (2006-2010) menekakankan program kesedaran tentang falsafah 5K manakala fasa kedua (2011-2015) menekankan kepada penghayatan nilai-nilai Islam yang terkandung dalam falsafah 5K. Kertas ini merumuskan bahwa cabaran penting dalam menjayakan misi Bandaraya Islam ialah memastikan warga kota benar-benar memahami falsafah pembangunan yang ingin dilaksanakan oleh MPKB-BRI.

Katakunci: falsafah bandaraya Islam, governans bandaraya, nilai-nilai Islam, pembangunan bandaraya, perancangan bandaraya, program kesedaran awam

Governance in Malaysia is rather unique in that it is based on the socio-political system of the country and of the states within the country. It is thus within this praxis that the current Chief Minister of the opposition state of Kelantan forwarded a proposal of transforming the state’s city capital of Kota Bharu into an Islam ic city with the slogan “developing with Islam”. The tag line, in a nutshell, means that Islam ic values should define and shape the city way of life. This paper takes a closer look at the making of Kota Bharu into an Islamic city and assesses, in particular, its implications on the governance of the city by the Kota Bharu-Islam ic City Council (MPKB-BRI). The MPKB-BRI governance philosophy has a fivefold principles, namely, knowledge, compliance, welfare, hygiene, and wellbeing. These should infuse the city’s development planning processes (development management, human development, economic development, and physical development) with desirable, relevant and applicable Islamic precepts. The city’s development plan is divided into two phases, the first (2006-2010) which emphasises on a public awareness raising programme about the Islamic city’s fivefold philosophy, and the second (2011-2015) which emphasises on the actual living up to the Islamic values the city embodies. The paper sums up that the greatest challenge in accomplishing the Islam ic city mission of Kota Bharu is to ensure that the city’s populace  properly understand the philosophy underlining an Islam ic city which the MPKB-BRI is assigned to realise

Keywords: city development, city governance, city planning, Islamic city philosophy, Islamic values, public awareness programme


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.